Tuesday, 29 May 2012

Bertugas@ Jom Mengail

Pertandingan ni diadakan untuk mengisi tabung PIBG sekolah anak2ku. So, aku dengan rela hati menyumbangkan kederat. Mula tuh, cuak juga nak masuk hutan bekas lombong bijih besi ni. Tapi, bila dah masuk... cantikkkk!! aku rasa tempat tu berpotensi untuk dimajukan sebagai tempat rekreasi gituh.


cerah2 tanah dah ada kat sini. Meh.... daftar dulu ecik!!



Suasana yang memang menarik. 
Para penggiat batang kail sedang bersabar menunggu sentuhan mesra ikan2 dalam lombong ..
 
 hasil tangkapan nelayan... ala ciput2 ajer deh,
 
 shut cantik... oh, ikan duyung di manakah dikau??

 macam2 ekspresso


budak ni banyak dapat hadiah... menang tempat kedua, keempat dan kelapan. 
Hadiah ikan terbanyak pon dia sapu jugak...
hadiah disampaikan oleh ADUN Ajil.



Saturday, 19 May 2012

Selipar Bogel!!??

Amboi... seksinya tajuk. 

Tak lah dapat aku membayangkan kalau pakai selipar ni, rasa macam  tak pakai paper pon. Tambah berkerak lah kaki kiter yek. Apapon, bagus gaks ah sebagai pilihan. Cuber jangan tak cuber deh....









  • Boleh di cuci dan di gunakan berulang-ulang kali
    Dilengkapi dengan pelekat istimewa
  • Tidak Meninggalkan kesan melekit pada kaki
    anda!
  • Cutting adalah UNISEX. Yang membezakan adalah corak sahaja
  •  Sesuai untuk aktiviti riadah di tepi pantai, pusat beli belah, bersukan dsbnya
  •  TIDAK terdapat di pasaran Malaysia.




aku rasa selipar ni sangat amat sesuai kalau diguna dalam bilik air, sudah guna ajer.... tampal kat dinding!!  menjimatkan ruang. wah... bagus3. Berapa eh regernya? sila klik sinih yer... oh lupa, aku tak ada sebarang kaitan dengan peniaga ni. he.

http://www.seliparbogel.net/index.html


Tuesday, 15 May 2012

Tupperware Untuk Cikgu

Setiap tahun, pabila menjelang 16 Mei pasti aku terfikir2 nak cari apa untuk dihadiahkan kepada guru2 anak-anakku. Meskipun jasa dan budi guru tidak ternilaikan, namun ingatan untuk mereka tetap ada walao tidak seberapa. Terima kasih cikgu!

Teringat aku pada seorang guru Bahasa Inggeris yang garang, namun sampai sekarang aku sangat berterima kasih kepadanya. Meski selalu tangan ini dihadiahkan dengan bucu pembaris kerana salah masa ujian spelling.... pon begitu, aku tidak berdendam. Jikalau bukan kerana ketegasan beliau, belum tentu aku lulus BI.

Masa berlalu, mungkin beliau telah tiada, kalau masih hidup sudah terlalu tua. Pun, semoga cikgu aman sejahtera selalu walau di mana cikgu berada. Pada aku, beliau bersikap tegas kerana komited pada pelajaran anak2 murid meski berlainan bangsa. Oh yea, luper pulaks, guruku itu berbangsa India.

Melencong lah pulaks...
tahun ni aku belikan tupperware sebagai tanda ingatan kepada guru anak2.. aku rasa mereka tentu gumbira. Ya lah, macam aku... kalu diberi tupperware walau sekecil2nya sangat aku teruja dan akan bersinar2lah mataku.. he





Apapun, aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru. Semoga cikgu2 semua beroleh kebahagiaan hidup dan ketenangan hati sepanjang hayat.



Monday, 14 May 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua wanita yang bergelar ibu. 



Ibu, 
terima kasih kerana menjagaku dan 
memberiku pendidikan untuk kehidupan dunia dan akhiratku. 
Sesungguhnya aku sayang kepadamu.




Thursday, 10 May 2012

Apa yang Aku Dapat Selepas Kursus

Biasaklah, kalau gi kat kursus pastinya  ada sesuatu yang baharu yang aku dapat. Tapinyer, aku bukan nak cerita pasal kursus yang 2 hari aku pergi....

 tadaa.... ni ha yang aku bawa balikkk.



  landskap yang sungguh cantik, teraputik gitu... 
kalaulah laman rumah aku gini... oh alangkah bahagia.






kain-kain yang cantik. Simperr tapi senang mata melihat.



Ciri-ciri Kata Laluan yang Sangat Selamat@DiGi CyberSAFE



Dengar sini,

ini ada satu pengumuman. Para ibu bapa dijemput hadir mendengar ceramah percuma daripada DG yang akan diadakan di dewan sekolah pada 7 Mei.

Alaa... rasanya nak promot agar aku dan warganegara sini agar bertukar berokband kot!! biasaklah... aku teruja jugak, sebabnya aku rasa mesti ada diskaun hebat. Kalau sesuai bolehlah aku tukar berokband lah.

Hari nis ada datanglah van2 kuning tu dengan orangnya berbaju kuning, tapi bukan maskot kuning yang hodoh tus. Aku soal siasat gaks akan tujuan tersirat... ada jual2 ke atau promosi haper2?? diorang kata tak der semer tuh. Cerita-ceriti sajer.

aku stop sebab petir dan kilat sabung menyabung.....


bagus ah DG, ambil inisiatif untuk sedarkan pengguna. 
Langsung tadak iklan secara langsung. Tak langsung??? mesti la adaa. Tak kisah...

ceramah di sekolah dia nih lar...


Ciri-ciri kata laluan yang selamat:
  • untuk mencipta password yang selamat, gabungkan abjad, nombor dan simbol. 
  • Penjenayah hanya ambil masa 10 hingga 30 jam untuk cuba pw yang guna huruf2 kecil.
  • pw guna huruf besar 7 hari.
  • pw yang guna abjad dan nombor 48 tahun
  • pw yang guna abjad, nombor dan simbol ambil masa 48 eh bukan... 44 ribu tahun untuk diceroboh!!! amboi selamat, selamat...

Itulah serba sedikit yang aku dapat rakam di otak tentang keselamatan penggunaan internet. so kengkawan... sila pastikan pw korang cukup strong, terutama internet banking lezz.




Friday, 4 May 2012

Sirap Tiga Layer

Mesra Mall, Kemaman


Sedap sirap ni.... tengok lapisannya dah rasa dahaga. 
Regernya RM3.50 ajer. Tapi agak manis lah.

  
 Tak berapa hedapp! memandangkan lapau, makan jugak.



Beli Buku Doktor Umum, Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad

Pabila buku ni diterbitkan tahun lalu, ia dalam bahasa Inggeris. Aku berminat nak beli, tapi memandangkan aku hanya cukup2 makan saja subjek ini, makanya aku menahan diri dulu lah. Pas tu, aku tengok buku ni dalam versi Tamil.... so aku tahu akan ada versi ibunda aku. 

Alhamdulillah, pada tahun ni, keluar jugak buku idamanku. Maka dengan bangga dan gumbira aku mencapainya dalam kedai buku Popular. Gadis penjual tu kata, hanya di MPH dan Popular saja yang jual.... iyer ke?? tah...ntah aku dapat diskaun di kedai buku lain tak??

Kengkawan nampak pelik semacam ajer apabila tahu aku beli buku niss. 
Sebenornya, aku memang suker beli buku tebal2. Kalau tak habis baca sekarang pon, boleh sambung pabila aku pencen nanti.... he.

jom beli, tambah pengetahuan, regernya...

Sutera...Sutera Desa Murni

Sepatutnya heri ni, akuz ke Teluk Ketapang untuk makan sotong, udang dan ikan celup tepung... aduhai terbayang2 akan rangupnya sea2 food itus. Tambahan pulak, ada orang janji nak belanja. Tapi, alih2 tak jadi projek tu. Terpaksa tunda ke minggu depan. Wokeh... demi meneruskan hajat besar, aku dan kengkawan

Ke Desa Murni, pernah dengar?? ala... pengeluar kain sutera yang terkenal tuu. Erra Fazira pon pakai sutera niss.



 muka depan yang mesra rakyat lagi menyegarkan...

rambang mata... tak tau nak ambik yang mana.

 siap duduk tercongok, hah... pilih kak, banyak lagi tuh...

 batik lelaki yang menonjolkan imej macho belaka..


 suker...