Tuesday 15 December 2015

Tahniah Kakak PT3

14 Disember 2015
Keputusan PT3 diumumkan secara rasmi. Yang tak rasminya kebanyakan budak dan emak budak sudah dapat gambaran.
 Mestilah ada model abad 21 ni enterprem. Hihi...

Tahniah kakak daripada aboh, umi... abang dan adik. Janji terpaksa ditepati.

Memburu Orkid di Sungai Buloh

Wahhh... lama betul tak jadi pahlawan papan kekunci. Hehe. Setiap kali buka rasa nak menaip sesuatu tapi alih2 tak menjadi. Macam tak ada idea... sebenarnya malasdan macam tak reti membina ayat pulak. Ngeh...ngeh.

Kecintaan akak pada si anggerik memang sudah lama bermula. Paling murah RM5 dan paling mahal 80 hinggit masa tu yakni sepuluh tahun lepas. Memang tak tahan tengok bunga-bunganya yang indah nian di nurseri. Tapi malang apabila dibeli... susah sangat si dia nak membalas kasih sayangku. Kiranya bertepuk sebelah tangan lah.

Hokey berbalik pasal kisah kepergian ke nurseri idaman suri malaya ni. Sebelum balik, akak singgah di Sungai Buloh... sebenarnya bukan singgah, memang sengaja menyimpang untuk mewindow soping bebunga di sini.

 Wow... terujanya nak eksplor sini
 Singgah kedai ni... tak banyak orkid. Beli pasu orkid made in buah kelapa ni. 10 hinggit satu. Sudah ternampak2 betapa cantiknya bunga orkid parking di dalamnya. Arghh...
 Sesampainya ke sini... hujan selebat-lebatnya. Lama jugak lepak king kat sini sementara hujan reda. Akhirnya mek ni bagi pinjam payung untuk hantar akak ke kereta. Mungkin dia dah nyampah dengan pelbagai soklan yang aku tanya tentang bunga2 kat situ.... sorry gurau jer. Bukan begitulah... dia kasihan kat akak sebab nak balik jauh lagi, apatah encik drebar yang ditempah khas itu sibuk mengajak balik... datang lain kali katanya. Uhhh bila tuuu??? Tidak... tidak kena selesaikan misi hari ini jugak wei.

Apapun terima kasih banyak nyonya yang baik hati. Semoga puan beroleh hasil yang banyak.

Ini hasil perjuanganku hari ni. Dulu pernah ada jenis ni tapi sudah arwah dikerjakan sang kera yang suka bertandang ke rumah haqu. Harga RM25 tak diskaun langsung.
 Yang ni RM450. Sekali lagi.... empat hatus lima puluh. Memang kaw2 untung tokey. Sori tak mampu. Tengok gambar jer le.
Yang ni akak beli. RM70 sesudah sehabis tenaga menawar. Dalam hujan pulak tu. Huhu... oh hujan di antara air mataku menitis laju sebab kopak lah dompet buruk aku. Pokok pun tak berapa nak sihat ala2 hidup segan saja. Tumbuhlah dikau...