Tuesday 21 July 2015

Rezeki Raya Ke-3

Sedang akak menjemur kain... tiba2 tercium bau yang harum dan manis.






Saturday 18 July 2015

Salam Aidilfitri 1436 Hijrah



      Menu wajib saban tahun. Nasi minyak simple.
                                                  MeAnak2 lah yang paling comei...

Thursday 16 July 2015

Persiapan Raya

Macam biasa hari terakhir ialah hari yang paling sibux bagi akak. Sibuk mengemas dan menghias rumah. Rutin tahunan ini tak sedap jika dilakukan awal2... mesti sehari sebelum barulah ada kejutan dan terasa perbezaannya.
 Nampak beresih kan... kuma dan bakteria semua nyah kau. Esok nak raya, faham.
 Nilah vakum ku. Masih banyak yang perlu dikemaskan. Maklum jarang melaksanakan projek menyeluruh kecuali khas nak sambut raya. Teruk tahap maksimum.
Bentang kapet merah bawah meja. Tau gimana kaedahnya sebab tak larat nak angkat meja berat tu. Caranya ialah potong kapet dan gunting di tengah. Siap...ngeh2 

Banyak yang perlu kami sekeluarga perlu bereskan. Aboh : pagi2 pegang mesin nak trim rumput rampai yang sihat2 hasil belaan yang bersungguh-sungguh.
Lepas ni sila naik atas siling untuk check siling yang bocor sebab umi nak bentang karpet merah...aha.

Umi : kemas dan hias rumah sebersih dan secantik yang mungkin. Seadanya aja cuma penat nak vakum dengan mesin vakum yang sudah kurang kuasanya. Sudah lebih kurang 15 tahun usianya. Lama kan?... Nanti malam sedia juadah istimewa untuk esok. Nasi minyak of kos nya.

Abang : Kena jadi kedai cuci kereta dengan dua pelanggan utamanya. Basuh bersih2...

Kakak : Tolong kemas lah... ingat tandas tu

Adik : tolong sikit main banyak... haha jangan mare.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Wednesday 15 July 2015

Yea... Barang Go Shop Sampai

Entah mengapa rezeki Astro nak dapat duit daripada poketku yang kian kempis ini. Pada suatu hari yang yang cerah dan bahagia... ada seorang budak yang terlalu asyik menonton kartun walau diulang beribu kali tetap matanya dipaku pada teve. Tak tahu jemu dan bosan meski kartun yang sama. Alahai sudah namanya budak... sekali tu apaknya terasa hendak mengusik si budak dengan mengalih channel. Apalagi menangislah si budak tak malu tu.

Tiba2 aku jadi sungguh tertarik pada celoteh promoter2 yang bersembur2 lior mempromosikan kuali. Ala kuali jer pon. Hehh... kuali bukan sebarangan kuali. Kuali pandai menari... hihi.

Dengan sokongan padu sang suami, aku tidak berlengah lagi terus dail nombor tertera dengan bantuan adik. Aikk tadi merajuk. Sekarang diapon teruja tengok aku yang terasuk dengan kuali. Naik pelik dia pun. Yalah kuali warena wareni saper tak tertarik memandangkan kuali kat dapur tu orang panggil menconteng arang ke mukaaa. Tambah lagi tak tercalar walau digoreng paku dan batu.... heh mesti beli ni.

 Oder Isnin sampainya 4 hari kemudian. Sukanya. Satu set lagi tu kawan aku yang mintak tulun aku oderkan. O ya aku pakai kaedah bayar masa sampai jer.
 Aduh cantik... kalernya macam kuih kat bazar Ramadan pulak nampaknya. Tapikan... usahlah dimasakkan paku dan batu macam ikelan tu yer sebab memang tak tercalar. Entah berapa lama kekalisan itu bertahan.
Ohh sudah siap sedia untuk berkhidmat. Memang berbaloi2 peralatan ni dengan harga RM149.00 dapat tiga saiz kuali dan satu tudung. Tak melekat langsung dan kerja2 di dapur menjadi lebih cepat sebab pakai je kuali yang sama untuk menggoreng, merebus dan apa2 saja. Sangat disyorkan.

Saturday 11 July 2015

Berhemah Menyambut Raya... Ubahsuai Saje

Alhamdulillah... kalau panjang umur kita semua akan menyambutnya pada hari Jumaat ni. Alangkan cepat masa berlalu. Baru saja rasanya dapat wassap daripada geng2 tentang peringatan menggantikan puasa. Alih-alih dah nak sambut raya.

Macam biasa golongan ibu yang paling sibuk dan paling cekap @ terpaksa cekap dan cekalkan diri untuk menguruskan persiapan. Kalau nak harapkan ayahnya alamat pakai baju singkatlah anak2. Hihi. Segalanya perlu detail. Kalau akak lah... pada awal Ramadan lagi sudah sibuk melengkapkan baju anak2. Bahagian baju melayu lagilah awal dibeli kainnya. Kemudian bahagian kasut2 pulak. Sambil tu curi2 oder kuih raya. Ala cari yang murah saja... orang kata asal ada.

Ada sesetengah orang tak gemar beli awal2 sebab tak dapat rasa mood raya yakni beramai2 berjemaah membeli persiapan raya. Betul jugak... kadangnya diskaun di pasar raya mencanak2 menjelang raya. Tapi akak serik pabila sekali terpaksa beratur panjang2 nak2 pula kaunternya dibuka satu aje. Tambah lagi dengan tak ada saizlah pulak... hadoi.  Apapon kena berhemah supaya tidak membazir.

Amboi mukadimahnya... sebenarnya akak saat2 akhir ni duk nampak bunga2 hiasan saja. Hihi. Terbayang-bayang jambangan bunga cantik kat kedai tu... teringin sangat nak pindahkan dari kedai ke rumah. Ngeh ngeh.

Nak cerita... tempayan tu duk kat luar. Tak terfikir langsung nak jemput masuk dalam rumah. Bukan apa takut buat menyemak jer. Tapi kan, apabila nak raya kita semua jadi kreatif dan tumbuh macam2 idea dalam kepala. Kan? Kan...
Bunga ni baru berpindah tempat tinggal. Ingat masuk kedai nak beli bunga nak bubuh jer dalam pasu... tapi memandangkan reger mahai tak leh tahan, belum masuk GST tu lagi. Makanya aku yang mengamalkan jimat cermat ni terpaksa rembat yang sudah siap gubah. Taulah kan... bunga redi gubah ni kadang2nya berhabuk sekali.

Justeru adik kakak semer... rajin2 lah tangan dan mulut (untuk membebel mintak bantuan ) untuk membersihkan hiasan dan bunga2 lama kita tu. Bunga plastik ni kalau direndam sabun berseri2 lah. Nampak macam baharu. Tapi kalau ada duit lebih tu bolehlah ajak akak ni ke kedai bunga. Kita riki2 bunga untuk memeriahkan hari raya yang datang setahun sekali tue. Hokey?...



Hariku yang Indah Nian

Hari ni Sabtu makanya kita masih bercuti hujung minggu. Sedap sungguh berehat2 sambil menyapu halaman yang sekangkang itu. Suasana sungguh segar. Kebetulan semalam hujan. Oh alangkah segar menghirup udara-Mu. Syukur alhamdulillah.

Sambil2 tu pulak, dalam diam bau semerbak bunga-bungaan belaan menemani aku. Hmmm wangii... justeru amatlah bertuah kerana ringan tangan menanam pokok yang berbunga harum itu. Terapi minda ni ditambah nilai pulak oleh kicauan burung yang mencari rezeki. Kalau cuaca cerah, kejap lagi boleh saksikan sang rama-rama dan kumbang menyeri bunga. Bayangkan.... Inilah yang akak addict sangat dengan pokok2. Hajat di hati nak cukupkan tujuh jenis bunga berbau wangi di laman. Nanti kukirakan jumlahnya....

 Bunga kesidang@ tikam seladang. Tak usah nak kabo lagi memang bau manis dan wangi. Tapi liat nak berbunga kalau terlebih belaian.
 Bunga jeliti. Bunga halus tapi bau tak kalah. Rajin berbunga meskipon saiznya anak bilis gred c. Haha.
Mekati aka melur. Banyak nama orang sempena namanya. Yalah putih melepak dan harum saper tak nak. Baunya agak tajam. Sangat digemari oleh golongan emak-emak dan emak kepada emak. Ni akak tanam dua jenis... satu yang biasa satu lagi yang berlapis-lapis@melur ros.
 Lagi... kenanga. Mudah berbunga. Bau kegemaran emak-emak ke atas. Biasa jumpa bunga ni dalam telekung mereka kalau kat kampung la.
 Buai laju2 sampai negeri China... apa dalam baju? Sekuntum bunga cina. Hamboi sensitip sungguh soklan kan. Bunga cepat berubah warna jadi kuning.

Sekarang sesi close up seorang yang tak kretip. Meh cium baunya yang.....1...2...3 tarik nafas





Sesungguhnya akak dalam misi melengkapkan halaman dengan bunga-bungaan berbau. Berbau wangi of kos la kan. Dulu pernah ada bunga cempaka tapi mati pulak. Akak tak tanam bunga mawar sebab belalang suka makan daun dan bunganya. Hancus mancus jadinya.

Makanya silalah tanam pokok2 berbunga wangi ni untuk menenangkan jiwa. Hehe

Friday 10 July 2015

Singganglah Pulok

Terasa lama tak makan menu yang menjadi jiwa ragaku. Sudah beberapa hari menu ini tertunggak sebab nak habiskan stok dalam peti ais. Ini memandangkan seperti sudah tidak ada ruang langsung hatta untuk udara berlegar. Melampau betul nih. Hai nampak gayanya kena beli bekas penyimpanan go shop la ni. Barulah kemas... jimat ruang dan mudah dilihat. Hmmm...kiv.

Semalam tertunailah apa yang diidamkan. Memang masak nasi banyaklah sebab apabila singgang plus budu @ belacan... mesti makan tak hingat karang. Makanya naklah haqu abadikan resepi ikan singgang Terengganu sebagai coret2 Ramadan. Hihi.

Ikan Singgang
3 ekor ikan selayang @apa2 jenis ikan.
3 hiris lengkuas
3 ulas bawang putih dimayang
1/2 labu bawang besar dimayang
Tiga hiris kunyit/ sedikit kunyit serbuk
Sedikit belacan
2 keping asam gelugur
5 tangkai cili
5 biji bendi
Gula... manisan...garam dan perasa
Cecara:
1. Bubuh semua bahan kecuali ikan.
2. Apabila mendidih masukkan ikan.
3. Kuatkan hingga mendidih kendian kecilkan api.
4. Reneh hingga kuah menjadi sebanyak yang sesuai.

Walau pon agak bersepah tapi rasanya best sangat.
Nah... komplit dengan budu cicah ulam. Tak tau nak ulas doh.
Sekian.

Monday 6 July 2015

Bif stik Mudah

Hari ni dah 18 Ramadan. Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ini. Semalam rotate masak bubur lambuk atas permintaan emak tercinta. Lagi masak steak tulang rusuk atas permintaan tekak sendiri. Hihi. Makanya hari ni nak kongsi resepi mudah. Sebenarnya hubby yang terer memerap daging manakala akak terer goreng kentang. Ngeh2...
Bahan
3 batang tulang rusuk
Serbuk lada hitam. Nak tumbuk sendiri pun ok
Kicap manis
Madu
Garam
... perap semua ni paling kurang 1 jam.

Sos...
Sos lada hitam
Serbuk lada hitam
Tepung jagung
Garam
Cara...
Satukan semua bahan dan masak atas api perlahan hingga agak pekat.

Hidangan sampingannya pulak kentang goreng dan sayur. Biasanya masak brokoli, bunga kobis dan karot. Tapi kali ni ambik apa yang dalam stok aja. Sedap tak kurang jugak.


Friday 3 July 2015

Nasi Dagang Terengganu yang Sedap

Aku memang bercita2 taici nak masak nasi dagang yang sedap amat. Kalau nak banyak boleh jer ditempah... tapi kalau nak makan tiga mulut tu kenalah buat sendiri. Nak beli kat bazar?? ... ho tak mahulah sebab susaaaahh nak jumpa nasi dagang yang benar-benar umppp.
Keinginan bertambah pabila ada rakan yang baik hati memberikan rempah gulai nasi dagang. Makanya pada hari Jumaat yang mulia ini aku berjaya merealisasikan cita2ku.
 Bismillahirrahmanirrahimm...
Nasi
5 pot rice cooker beras nasi dagang rendam selama 8 jam.
2 cawan santan cair atau bubuh saja air kosong
2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah dimayang halus
Halia dimayang
1 sk halba
Gula
Garam

Cara:
1. Kukus beras selama 10 minit. Angkat dan pindahkan nasi ke dalam besen dan siram dengan santan cair. Kukus semula lebih kurang 30 minit.
2. Pastikan nasi telah masak. Tidak mengapa kalau nampak keras sikit. Pindahkan ke dalam bekas lain.
3. Taburkan bawang, halia dan halba.
4. Arong dengan santan pekat hingga nasi menyerap santan dan jadi berkilat.

 Masukkan 11/2 sudu kfc garam halus dan gula diratakan dalam santan pekat yang sebanyak 2 cawan ini.
 Tutup nasi dengan daun pisang selepas diarong kali kedua dengan santan pekat.
 Kuah gulai: 1 ekor ikan aye direbus dengan garam dan 3 keping asam keping.
1 labu bawang besar saiz besar dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
Sehiris halia dikisar
1 senduk kecil cili boh
1 peket rempah nasi dagang/rempah gulai cap rose
Sehiris lengkuas diketuk
Beberapa tangkai cili hidup
Secubit belacan
3/4 keping manisan saiz sederhana
11/2 kotak santan.

Cara
1. Tumis cili boh hingga garing. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan, lengkuas, manisan, belacan, gula dan perasa.
3. Masukkan separuh air rebusan ikan. Tambah air hingga penuh periuk. Reneh hingga kuah surut.
4. Masukkan ikan dan tambah lagi air. Reneh hingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan cili hidup.
*** masa memasak mungkin menjangkau 5 jam atau lebih.
 Acar : 2 biji mentimun
1 labu bawang besar saiz kecil
1-2 biji cili besar
11/2 sb gula
1 sk garam halus
Cuka.
***nak cantik tambah karot.


Ayam Kampung Masak Merah Sedap Sangat

Wahh sudah semacam belog masakan pulak ya. Bukan haper sempena Ramadan al-Mubarak ni akak rajin sikit ke dapur masak ikut selera pelanggan kat rumah ni. Kiranya costumer servislah. Hihi.
Baru ni akak masakkan ayam kampung masak merah kegemaran semua orang. Adik nenambah2 nasi hatta sebelum tido pun masih nak makan nasi lagi. Berbaloi-baloi baloi rasanya. Jom layan resepi ringkas namun sedap ini. Hihi perasannn...

Bahan
1 ekor ayam kampung
2 labu bawang besar yang saiz besar - 1dikisar dan 1 lagi dimayang
6 ulas bawang merah -dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
2 hiris halia-dikisar
Kunyit-dikisar
4 sb cili boh - akak guna cili kering yang dikisar sendiri.... memang tak guna cili boh kedai
5 sb sos cili
4 sb sos tomato
2 ketul manisan sebesar ibu jari
1 sk gula
Secubit belacan
Perasa
1 keping asam gelugur. Boleh guna asam jawa.

Cara
1. Tumis cili boh hingga garing. Masukkan bahan2 kisar. Tumis sampai pecah minyak dengan api perlahan.
2. Masukkan gula, manisan, belacan dan asam.
3. Masukkan bawang mayang. Masak hingga bawang layu. Masukkan sos2 dan biarkan hingga nampak berkilat-kilat.
4. Masukkan ayam. Biarkan ayam mesra dengan bahan tumisan. Tambah air agak banyak sebab ayam kampung ni memang keras. Tutup kuali. Biarkan mereneh dengan api perlahan. Sambil2 tu basuhlah pinggan mangkuk yang dalam sinki tu. Hihi.
Kalau masih keras tambah air lagi. Reneh lagi.
Hampir masak. Nampak lagi peha ayam ni masih keras. Tambah lagi air. Hihi kiranya masak lama2 gini memang memesrakan ayam denan kuahnya.
Apabila masak... tambahkan garam dan perasa.

5. Angkat dan hidangkan. Kalau nak cantik tambahkan bawang dihiris membulat dan cili besar.
Insya-Allah sedap hingga menjilat jari sendiri.