Tuesday 28 October 2014

Pra Renovasi 1

Tukang rumah datang kelmarin. Memang kami selalu guna khidmat dia untuk buat garaj dan pagar. Mungkin sudah jodoh. Dia pun baru sahaja siapkan rumah orang hari ni.

Tukang memberi serba sedikit gambaran tentang projek picis-picisan kami tu. Tang atap yang kena bukak dan buat saluran tu payah aku nak telan sebenarnya. Bukan apa wei... leceh lah. Kalau tukang tak cermat... boleh makan hati aku kerana risiko atap bocor adalah tinggi.

Kita orang pompuan tau nak rumah yang selesa saja. Buat pelan lantai tu senang bangat... yang masalahnya pada atap. Tak kira...

Satu lagi... tukang cakap upah renovate rumah yang libatkan atap tinggi sikit. Alamakkk... tak per.. biar dia balik buat kira2 dulu, kendian tengok. Kalau tak mampu kita pelan-pelan kayuh. Mula2 buat jamban... pas tu tahun depan buat atap... pas tu... pas tu. Hehe. Merapu meroyan dah ni.


Saturday 18 October 2014

Lahirnya Sebuah Cinta di Jejantas Udara

Lama dah teringin nak naik benda alah ni. Maklumlah sudahlah duduk kat ceruk kampung... sesekali pergi KL asyik tengok jer ikon negara ni. Bila la aku boleh naik kat situ. Maka... misi mesti diteruskan. Jom masuk..
 Selamat datang. Tiket berharga untuk wargsnegara RM25 dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak. Memang mahal sikit la tapi logik la... eksklusif. Bukan senang nak jejak kaki di sini. Hari tu percubaan pertama kslau beli tiket jam 10... kul tiga baru bolrh masuk. Alahai...
 Ni kat view deck di tingkat ketiga dari atas.
 Tunjuk jangan tak tunjuk...
Tuu...puncak klcc. Bangga wei... kagum dengan Tun Dr Mahathir yang punya idea besar. Subhanallah.
Masih kekal dengan menara berkembar paling tinggi di dunia. Mungkin ada yang memperlekehkan gelaran itu tapi aku cukup kagum. Maha Suci Allah swt yang memberi idea dan kepakaran kepada hamba-hamba pilihan-Nya.
Jejantas sepanjang berapa meter eh?? Sudah diberitahu tapi lopa lah pulak.

Dengan menyaksikan ciptaan-ciptaan manusia yang hebat... boleh menjadikan kita sedar dan insaf dengan kekuasaan Allah swt. Begitu hebat manusia sudah tentu alangkah hebat dan berkuasanya kudrat Allah. Alangkah aku bersyukur dilahirkan di sini. 
Di sini lahirnya sebuah cinta...
Yang suci abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan...

Saturday 11 October 2014

Pernah Jadi Bertuah?

Ya... kita selalu bertuah dalam hidup ini. Bertuah sebab diberi peluang hadir di muka bumi ini dan dilahirkan sempurna. Bertuah juga dapat meneruskan persekolahan walaupun secara ala kadar tapi tamat juga. Kita bertuah juga bernaung di dalam negara Malaysia berdaulat. Syukur alhamdulillah.

Tapi maksud aku kali ni agak remeh temeh saja. Pernah menang cabutan bertuah?... ada orang pernah. Malah ada yang selalu dapat. Ada rakanku sampai tak sah kalau namanya tak naik.

Kalau dulu ada gak beli Sijil Simpanan Premium dengan harapan dapatla apa2 hadiah. Kalau tak seterika...ketuhar. Atau paling komanpon kereta Mercedes laa. Hahahaha....hah. Betapa tidak bertuahnya.... dari zaman muda sampai senja tak nampak tuah lucky draw tu. Good luck dapat le darpada rakan2 ketika nak pergi temuduga. Itulah. Ala masuk sepuluh dua tu peluang tu sebesar kuman dibelah sejuta. Hehe. Koya.

Tadi pergi pusat beli belah HKS Astaka. Tujuan nak beli seluar trek untuk adik sebab dia akan ikut lawatan sambil belajar sekolah. Takkan nak pakai yang berlubang kat lutut kan... kalau untuk PJ tu masih ok lagi...hehe taik hidung masin.

Masa nak keluar tu jaga2 beriya2 suruh isi borang cabutan bertuah. Hadiah utama kereta Proton Saga. Wah berangan....aku nak peti sejuk. Adik koya nak basikal... yang bestnya aboh ngidam keretaa...


Jaga ni la yang beriya memberi dorongan... siap suruh adik yang masukkan dalam tong. Macam tau jer ada ong...ong ong

Mengisilah aku borang nan sekeping dengan peluang 00000000000.1 tu bak kata Joe Flizow tu banyak kosong kosong. Aiseh brother.

Malam ni bolehlah koya sebelum krozzz...




Friday 10 October 2014

101015

1. Selamat Hari Lahir Kawanku, Marina.
Susah senang bersama sejak dari sekolah dan kekal hingga sekarang. Apapun sekarang agak jauh sikit sebab masing2 ada komitmen. Semoga sihat sejahtera dan aman bahagia hendaknya.

2. Pembentangan Bajet 2015
memang akak selalu luangkan masa ngadap teve untuk dengar segala macam tentang bajet tahun depan. Walaupun berita bonus2 tu pada akhir cerita tapi kena dengar dari awal jugak baru komplit. Tahun ni dapat bonus banyak mana tuk?

 Bersemangat benar Tuk Jib... nak BRIM jugak.

Sambil2 tu aku goreng jejemput pisang yang ibu ku berikan kelmarin. Goreng guna kuali itam baru sah. Surirumah yang rajin tak ada kuali ni deh.

Sos cheese lebihan wedges baru ni. Cicah sos ni pun sedap sangat rupanya. Orang lain tak pernah makan ikut dan macam aku kan. Biar akak terai... mabuk ke tak...


Thursday 9 October 2014

Mohamad ke Ahamad atau Ahmad?

Pada suatu masa hujan renyai2 kira kira 18 tahun dulu... aku telah menikah dengan en suamiku. Ahmad.... cehh buka buku sejarah nampak. Hehe merefresh sekali sekali apa salahnya kan?

Apabila mendapat buku nikah sudah kuperasan banyak sangat salah eja. Nama kampung, nama jurunikah sendiri hatta nama pengantin sendiri pon. Alahai... tapi teruja punya pasal... tak kisah lah dengan nama2 ni. Lagipun salah eja jer kan bukannya salah orang.

Nilah Surat Perakuan Nikah. Macam buku akaun bank. Macam macam nota ada dalam tu untum peringatan suami isteri akan tanggungjawab masing2. Ada aku baca? ... jawabnya BACA....

Zaman dulu kan buku nikah ada 2 buah lah. Satu ditulis anak dara dan satu lagi anak teruna. Kelakornya kedua2 buku tu lain lain versi namanya. Satu Mohamad xx, satu tu jadi Ahamad. Dan satu lagi Ahmad xx. Hehe yang mana satu suamiku?.... Aku tak salahkan jurunikah yang sudah sangat berumur tu. Malah berterima kasih kerana sudi menyatukan kami suami isteri.

Setelah berbelas tahun... kini masalah salah eja tu menjadi sedikit kerumitan kepadaku apabila ada urusan berkaitan. Apapon segalanya sudah selesai. Oh ya... apa khabar tok ji?

Allah Memberi Lebih...

Aku memang berminat dengan kobsep bersedekah untuk memanggil rezeki ni. Kalau zakat boleh menyuburkan harta, maka bersedekah pula melipatgandakannrezeki.

Sejak banyak membaca tentang kebaikannya... maka aku cuba amalkan. Alaa kecil kecilan saja.

Baru2 ni aku dikehendaki membayar sejumlah wang kepada sebuah syarikat. Memang aku sudah bank in kan duitnya. Namun masih ada baki. Pabila ke pejabat untuk menjelaskan baki, kami suami isteri terpaksa mengorek sana sini untuk mencukupkan. Ah... cukup boh... legaa.

Setelah kutunjukkan slip bayaran... pegawai di situ bertanya, akak bayar lebih ke?... eh tidak kataku seraya mengeleng. Tak cukup lagi la.

Setelah mengetik2 kalkulator, dia menelefon ibu pejabatnya. Memang lebih dan dia isikan borang refund. Biar betul? Betulla kak!.. Aku berfikir2 mengapa jadi begitu. Pas tu kata... ada diskaun. Entahlah.. tak perlah. Jangan tak cukup sudah.

Maknanya hari ni duitku 500 tu selamat. Malahan dapat pulak refund 500 lebih. Syukur alhamdulillah.

Wednesday 8 October 2014

Secawan Teh Adik Selaut Kasih Umi

Minuman teh o memang peberet kami sekeluarga terutamanya adik. Memang klasik sikit cinta dan rasanya. Orang lain geger dengan kopi 3 dalam satu tapi dia tetap ode teh o. Gitu.

Biasanya sesudah makan dia akan tanya... teh o tak ada ke? Selamba jer. Aduhai aku yang tak bermood membancuh air2 ni terpaksalah melayan kehendaknya. Sudah dia saja yang ada kat rumah. Kalau ada kakak... dia yang akan jadi PA adik. Ngee.

Malam ni lain pulak dia. Beriya2 dia merebus air dalam cerek elektrik tanpa tanya emak ayah dulu. Pas tu tanya nak buat air dalam jag ke dalam cawan je. Dalam jag kecik tu sudah...

Umi tak mboh rasa air adik buat ke?? Alahai... mestilah nak. Susah payah dia membawa cawan berisi air teh o panas kepadaku. Mahu aku tolak kegembiraannya itu... tidaaak. Namun aku tidak sempat menyelia cara pembuatannya dari aspek kebersihan dek kerana terlalu mengantuk. Tak per lah. 

Mmm... sedap air adik. Pandai sudah boleh kawin, saja aku mengusiknya.

Terima kasih wahai anak. Dah pandai berdikari rupanya. Mungkin dia terinspirasi dengan kegigihan kakak buat kek cawan kelmarin. Terharu.

Tuesday 7 October 2014

Cantik kot Dr Yang ni...

Tadi ke klinik kejap. Klinik swasta ni kiranya paling femes kat sini. Tuan punya pernah jadi YB dulu. Akak dan famili selalu lah datang menyimpan wang di sini kalau ada sakit demam fening gatal lelah hatta kayap kurap sekalipon dr ni ada ubatnya. Insya-Allah.

Isteri beliau ialah cikgu masa akak masa sekolah menengah dulu. Terasa nak tanya tapi malulah pulak ... almaklumlah pencapaian anak murid ni ala ala saja. KIV dululah. Pun begitu kugagahkan jua bertanya: Cikgu saya pe kabor?.. tanyaku dalam hati. Hehe masih prihatin.

Sementara menunggu giliran tu... biasalah mata akan bizi membaca itu dan ini. Hinggakan label2 tandas pon dibaca beberapa kali. Hmm.. masa SPM dulu idok lah serajin ini weh... Tiba-tiba mata tertancap pada nama dr ni... DR YANG...  hmm doktor baharu nih. Yang pastinya bukan doktor cina sebab nama hujungnya aku paham. Cantik nama dr ni... eh..eh..

Larrr.... tipah pon tak rela keliru.

Apapun terima kasih DR YANG ...

Monday 6 October 2014

Apabila Anak Dara ke Dapur

Entri ni saja nak highlightkan kakak. Entah apa mimpi tiba2 beriya dia nak buat cupcake sendiri seratus peratus air tangannya. Baguslah sebab aku memang malas dengan lemak mentega marjerin bagai.

Maka membakinglah dia dari a-z diselang seli dengan taklimat pedas sinis berbisaku kerana dia tak redi kan segala bahan di satu tempat. Asyik bangun duduk saja mencapai bahan dan alat. Pantang aku buat kerja dengan membazir tenaga begitu saja. Kena jaga kesihatan sendi jugak hokey.



Bukan sahaja cantik... sedap secukup rasa.

Di sini aku nak turunkan tips untuk kakak untuk jimatkan tenaga dan masa. Kos logistik dan wang rasanya tidak mempengaruhi langsung. Harap kakak dapat hafal... nanti balik umi buat kuiz. Ok.
1. Baca dan fahamkan resepi.
2. Pilih lokasi yang sesuai dan alas dengan surat khabar lama. Surat cinta tak layan.
3. Kumpulkan bahan dan alat di situ.
4. Sambungkan soket ke ketuhar.
5. Tebuk/buka bahan2 yang bertin.
6. Letakkan buku resepi di sebelah untuk rujukan.
7. Mulakanlah membaking dengan bismillah dan dengan perasaan yang gembira.
8. Apabila siap... bangun dan panaskan oven. Nak lebih bagus kalau mintak tolong orang lain buat preheat.
9. Bakar.
10. Kemaskan peralatan. Basuh dengan segera dan jangan campur dengan bekas2 lain kerana lemaknya boleh menjangkiti.
11. Kemaskan tapak projek tadi.
12. Lap dan sapu. Beres.

Kita kalau memasak ke apa di dapur... pastikan dikemas balik sepertinya tiada aktiviti renyah berlaku. Tau taunya sudah siap kek atau menu kita. Kan bijak gitu.

Tapi hari ini... nampak gayanya akulah kena kemaskan segala benda. Ish ish. Tapi umi maafkan sebab panduan belum siap... hehe. Sebenarnya aku terpaksa paham yang dia kena pulang ke asrama petang nanti. Memang tak sempat ah. Lain kali kena mula awal pagi ye.

Umi kena kemas ke?? Huhu...


Kuih Lompat Tikam vs Tepung Pelita

Kuih lompat tikam agak sadis namanya. Kalau berlawan dengan kedua-duanya memang tak sempat melompat ke mulutlah si tepung pelita tu. Macam tak ngam langsung dengan rupa paras dan budi pekertinya yang manis manja. Nyum nyum sedap sungguh pulak tu.

Oh yea... hari ni bikin kuih ganas tu lah. Hamboi rajinnya akak hari2 buat kuih tradisional. Pabila dibancuh2 ropanya sama jer adunan kedua dua ni cam kembar seiras.

Ni tepung pelita kemarin. Masih belum basi. Beza kedua2 nya ialah tang pemanisnya. Kuih ini menggunakan gula yang dibubuh di bawah lapisan hijau. Kalau nak makan pastikan diceduk dari bawah supaya manis lemaknya terasa. Masihku Terasa nyanyi Kumpulan Gersang. Ingat Man Bai ingat tepung pelita. Ada kaitan?  Haha.
Lompat2 kena tikam pulak dimaniskan dengan gula melaka bandaraya bersejarah atau nissan kata orang Ganu. Nissan Sylphy buleh... Almera pon buleh. Merapu ni.
Lain2 persamaan ialah boleh mendatangkan penyakit kencing manis 17 kalau dimakan banyak. Bahaya oii. Dia betis.

Oh ya... sapa2 nak merasa akan kesedapan kuih2 ni bolehlah datang ke rumah kalau tak tau malu. Selain itu kena bawak jugak buah tangan seperti iphone 5... samsung note 4... atau lain2 untuk memeriahkan suasana. Haha... merepek tahap kritikal.

Selamat hari raya haji.

Sunday 5 October 2014

Tepung Pelita 4 the 2nd Round

Sajer buat tajuk gitu supaya aku dapat membezakan respi lama dengan resepi yang baharu. Hai... orang buat ketupat lemang pada hari raya, aku bikin tepung pelita. Iyer... memandangkan daging korban lambat lagi sampai ke rumah, makanya aku ada banyak masa pagi2 ni. Apa lagi bikin kuih tradisional pujaan ramai la.



1. Air gula
5 -6 sudu gula
sedikit air
* masak hingga agak pekat.

2. Lapis hijau
10 helai daun pandai dikisar dengan secawan air
1 senduk nasi gula
Sesudu teh garam kasar
1 cawan tepung beras
Secubit kapur
3 cawan air lagi

* kisar semuanya dan tapis.
  Masak atas api perlahan hingga warna jadi        cemerlang.

3. Lapis putih
setengah cawan tepung beras
sekotak kecil santan
secubit garam
3 cawan air
**dikisar semuanya dan tapis.
masak atas api perlahan.

perlu diingatkan bahawa memasak tepung pelita hendaklah dilakukan secara rally tanpa henti supaya adunan kekal cantik dan mantap. Adunanan ni bisa menghasilkan 12 bekas tu.

Untuk makluman dan ingatanku sendiri... aku masak kedua2 lapisan serentak kerana kebetulan adik iparku datang. Yezzz...gunakan tenaga dia.

Hasilnya siapa yang makan akan memuji2 motip nak tambah lagi. Sedaaapppp.





Hajat Ke Munduk...kena tunda lagi

Pertama kali ajak encik hubby untuk ke Pekan Mundok... spontan dia mengeleng seraya menjawab; tak mboh. Grrr...geram betul aku.
Dari Jumaat ke Jumaat lah aku memujuknya untuk ke sana sebab hasrat ke sana begitu menggebu.

Akhirnya Jumaat kelmarin... cita2ku hampir tercapai nampaknya. Abah macam beri lampu hijau. Yesss.... namun... ish ish... abang pulak tak jadi balik rumah hari Khamis. Nampak gaya tak ada cans la sebab esok kena ambik dia. Waaa.

Alih2 kelmarin dapat mesej daripada kawan tentang bot di Sungai Mundok itu terbalik. 15 orang hanyut dan seorang mati lemas. Innalillahi....

Dalam hati...  patutpon aboh berat hati saja nak ke situ. Fuhhh... tak mboh lawan cakap aboh lagi. Sori... selamat hari raya Haji. Maaf zahir batin.

Saturday 4 October 2014

Salam Aidiladha

Raya ni biasanya aku tak sempat berpakaian cantik... cantik sangat ke selama ni..hehe. Ini kerana aku mesti bertugas memasak daging korban untuk makan tengah hari. Terkadang tu petang barulah masak. Sebab... lembu mendapat giliran terakhir untuk dikorbankan. Usai masak sedar2 jam sudah ke petang perginya.

Tak semestinya aku yang masuk bahagian... gilir2 kami suami isteri. Banyak kalinya emak dan adik. Namun aku tetap chef de mishon. Ala... masak kampung2 ajer namun kebesan dan manisnya daging segar sungguh terasa nikmat. Syukur alhamdulillah. Semoga kami terus dimurahkan rezeki.

Banyak tahun jugak aku cuba memperuntukkan duit upahku untuk meraikan ibadat korban. Namun banyak kali jugak aku mencurinya secara selamba. Terpaksa. Justeru, aku malas lah nak berbuat begitu lagi dek kerana tidak ada disiplin. Kalau zaman sekolah sah2 kena rotan sebab langgar akta dan peraturan. Hehe.

Kini aku pejam mata lah sebahagian gaji kalau nak ambik bahagian. Lepas tu... pandai2 lah yang penting ikhlas dan reda. Sebenarnya hati tenang apabila selesai daging2 korban diagih-agihkan.

Merapu meraban pulak aku ni.... nawaitu sebenar nak catat ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha.

               Mesej cantik ni boss yang wasapkan.

Friday 3 October 2014

Minyak oh Minyak

Sehari dua ni orang duk rancak berbincang tentang kenaikan harga minyak Ron 95. Dari RM2.10 kepada RM2.30. Naik 20 sen. Nampak remeh temeh tapi sangat terkesan kemudiannya. Kerana ia akan berantai-rantai kepada kenaikan segala barang keperluan dan pengangkutan awam. Dalam bab naik menaik minyak ni aku sokong sangat kaedah Tun M.

Reaksi 1
Yang hangat berbincang dan bersembang tu ialah orang yang ada tepon pintar dengan internet lagi. Maknanya.... canggih manggih dan duit banyak untuk layan napsu. Itu belum tengok lagi gajet lain... ipad... hanbag jenama high taste. Mereka inilah yang kononnya prihatin tolong buat bising.

Reaksi 2
Marhaen yang sebenar-benar terkesan hanya mampu mengeluh di warung kopi, di laman jiran. Nak tak hendak pon hidup perlu diteruskan. Lebih kepada reda. Makanya yang di atas tu ringan2 kan tangan menderma dan bersedekah kepada golongan yang tidak mampu.

Reaksi 3
Aku? Apa aku nak kata. Penjawat awam hanya harap ihsan kerajaan untuk naikkan gaji atau bagi bonus. Tapikan sembang tu sembang jugak... Allah swt jua yang melapangkan dan menentukan rezeki kita walau bagaimana pon situasi. Allahuallam.

The Loaf... Ngaper la Aku Tak Singgah

Memang tau kedai roti ni milik Mantan PM yang sangat kukagumi, Tun Dr Mahathir Muhamad. Tapi ngaper la aku tak termasuk. Padahnya hingga le ni aku duk teringat-ingat nak makan. Sudah tak ada rezeki hari tu la.
Tak per la adik te... nanti lain kali kalau kita rewang lagi kat kl boleh singgah sini. Kalau boleh jumpa Tun lagi best kan. Hehe...
Orang kata roti kat sini sedap2 belaka. Alahai...

Adik sempat menyumbang secebis kepada para pemuzik jalanan yang terdiri daripada orang2 cacat. Mendidik anak agar tahu menghargai usaha dan bakat mereka yang gigih mencari rezeki.