Tuesday 29 July 2014

Salam Aidilfitri 1435 Hijrah

Aidilfitri datang lagi. Hari mulia yang ditunggu oleh segenap umat Islam sebagai tanda kemenangan.

Tahun ni aku sekeluarga berwarna terkois manja gitu.


Monday 28 July 2014

Nostalgia Iklan Proton dan EON

Berhati2 di jalan raya
Semoga anda selamat tiba
Ucapan selamat hari raya
Dari EON untuk semua....

Masa dulu iklan raya ni sangat popular. Tambah dengan suara penyanyi yang merdu dan manja Jamal Abdillah dan Raja Ema. Sedap sungguh kudengar iklan itu.

Alih2 tahun 2014 ni lagu iklan tu disiarkan semula dengan versi baharu. Ada penambahan penyanyi2 baharu. Pun gitu masih sedap. Kalau tak salah model pertama ialah Proton Saga berwarna merah. Nama saga tu diberi oleh seorang peserta pertandingan menamakannya oleh orang Penang yang menamakan sempena model pertama berwarna merah sesuailah saga kan merah menyala2. Harga dalam RM14 ribu.

 
                              Gambar dari Google





Tuesday 22 July 2014

Minggu Toke Kuih Raya Buat Roadblock

Aidilfitri mulia bakal menjelma minggu depan. Dalam tak sedar bulan Ramadan al-Mubarak kian berlalu. Entah ketemu entah tidak lagi...

Masa awal2 puasa senarai biskut raya mula berlegar-legar. Ramai kengkawan jadi peniaga segera. Bukan satu dealer malah boleh dikatakan masing2 jadi dealer atau ejen pelbagai jenis kuih.

Dan kita yang tak berpeluang meniaga ni terpaksalah mengisi borang tempahan. Oder la sejenis dua untuk ambik hati. Cari kuih yang paling murah....( mana ada yang murah sekarang kan ). Lepas satu, datang lagi dan lagi....lagi. Sebab oder satu dua jenis sahaja maka tak terasa banyak. He...he...he.

Akhirnya minggu ni pasti siaplah dan sampailah apa yang ditunggu. Agaknya tak tidur pembuat kek dan biskut menyiapkan tempahan. Pagi tadi masa turun kereta dah kena saman....RM120. Hah biar betul. Bila masa aku oder niii? kira dua tiga kali kot2 salah kira. Tu baru kat parking, belum naik tingkat atas lagi. Hah... roadblock kuih raya pasti berlaku sepanjang minggu. Oh tulun! dan memang benar, aku dikejar tokey popia mini....toke karipap mini....dan ramai lagi. Takutnyer...takut tak cukup duit. Hu..hu.

Padahalnya dari taun lepas dah berniat tak mo ode biskut raya ah. Nak beli kat Medin jer. Murah dan sedap. Lagipon tak lakunya semua tu. Buat hiasan meja jerk. Tak pernah tak buang. Membazir.

 "Esok tat nanas siap deh..." kata toke tat sedap. Hah... ada lagi.

Keretaku Mogok Kenyang

Hari ni hari Isnin. Puasa. Seminggu lagi raya. Semua sudah siap...alhamdulillah sebab memang sediakan kelengkapan awal2 hingga aku tak rasa sangat kemeriahan sambutan pra raya. Hmmm...ni baru mukadimah.

Sudah siap2 dah ke tempat kerja...alih alih keretaku mogok. Tak mau hidup dia. Aduhai kelmarin okay okay saja. Cuba check minyak... ada lagi walau tak penuh. Maknanya bukan mogok laparla. He..he mana nak penuh hujung2 bulan gini kan. Apapun tak ada masa nak memakenik lagipon tak reti...terpaksa pindahkan barang dan badan naik kereta aboh. Hanto kami ye boss! pastikan sempat punch kad deh. Terima kasih.

Best jugak pakai dreber rasa macam zaman muda2 dolu.... ala ketika kereta ada sebiji jerk. Sekarang orang dah pakai kereta sebiji sorang sebab selalu terkejar2 kat jalan. Malah ada rakanku keretanya berbijik-bijik hinggakan mencapai nisbah 1:2. Macam aku ni bukannya mampu sangat...tapi terpaksa.
Gini gambo rajahnya. Nampak sangat penyakitnya secara teknikal dan saintifiknya dinamakan bateri super kong kalikong.

Balik terus aboh buka bonet depan. Cewah..macam mc gyber. Acehh...nak jumper ropanya. Terus hantar pusat sobis dan keluarlah dari poket sebanyak RM242 termasuk upah. Sah...sah. Maka terubatlah sakit kereta ku. Maka aku rasa tak sabarlah menunggu esok kerana gaji masuk esok. Betoi ke dok ni??...

Monday 21 July 2014

Damailah Dikau Di sana....RIP

Gambar ni mungkin teknik fotoshop.
Sayu dan sedih apabila memang pesawat MAS yang ditembak. Menurut kokumnis akhbar yang kubaca dikatakan mungkin sasaran sebenar ialah pesawat Rusia yang dinaiki Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin ( ejaan betui ke ) yang menggunakan laluan yang sama tak berapa jam kemudian. Lagi2 dikatakan warna dan saiz pesawat adalah hampir sama. Uh...segalanya mungkin. Allahuallam.

Namun, sama ada tersalah sasaran atau tidak sudah tidak mengubah apa2. Badan kapal terbang sudah berkecai bersama penumpang2 yang tiada kaitan dengan konflik mereka. Aduh... tabahlah hati masyarakat Malaysia terutamanya kaum keluarga dan sahabat mereka yang menanti dalam rindu yang sarat.

Semoga mereka yang beragama Islam ditempatkan dalam golongan insan2 yang soleh. Lebih2 lagi mereka dikhabarkan mereka adalah syahid.  Apa yang boleh kita sumbangkan ialah bacaan al-Fatihah. Semoga kita semua ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

Friday 18 July 2014

MH17 Malaysia Diuji Lagi

Terkejut dengan berita Astro Awani yang membawa berita tentang dipercayai pesawat MAS ditembak dan terhempas di Ukraine. Pesawat dari Armsterdam ke Kuala Lumpur. Dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi ini.
Alfatihah.

Thursday 17 July 2014

Iftar Jugaklah

Bukan rajin sangat nak masak...almaklum makan tak ramai. Tiga anak tekak jer. Tapi sudah ditakdirkan ada rakan lama nak bertandang berbuka kat rumah, maka aku berbesar hati nak sediakan menu ringkas seadanya. He.

Hari ni balik kerja secepat yang boleh. No jeling2 kat rumah tukang jahit sebab memang janji nak ambik baju raya minggu ni. Tak per...esok ah. Abah bertugas dapatkan stok kat pasar. Dapatkan bahan2 semuanya. Berat tanggungjawab tu....pastikan semua bahan ado....bereh deh.

Balik kerja terkam ke dapur. Sediakan bahan asas. Hajat nak masak nasi minyak, gulai ayam, ayam merah dan daging goreng. Hmm...yang super sepesel ialah mi udang!! Resepi cedok dalam internet. Sudah buat sekali dan sedap sungguh rasanya. So...nak tunjuk skil lagilah hari ni. Okay bebes.

Aduh....sakit tumit kakiku kerana mengampu badanku yang tak ramping ni. Bayangkan sudah berapa jam aku berdiri bagai murid sekolah kena denda. Aduh duh.... Tapi berbaloi2.

Sila...allahummalakasumna...
Nilah mi udang aku. Nampak huduh tapi vokal tak seindah ropa. Yang menikmati memang terhibur...he...he. Meh makan.

Monday 14 July 2014

Majlis Iftar



Menu lauk kampung. 
Sesuaila dengan selerea orang kampung. Terima kasih kepada yang menaja. 
Semoga murah rezeki. Jemput lagi.

Sunday 13 July 2014

Syukur Pada-Mu Allah

Ya Hafiz...
Sebagaimana yang kucoretkan kelmarin tentang kakak yang kehilangan duit untuk bayaran PIBG dan makan asrama. Dari rumah abah dah pesan2 awal awal lagi supaya berikan duit untuk anak2 sebelum sampai ke asrama. Ini kerana jumlahnya agak banyak. RM500 untuk abang dan RM270 untuk dia. Dan duit yang hilang sebanyak RM500. Ish..ish.

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani.... hari ini duit itu telah dikembalikan. Maha Suci Allah yang berkuasa membuka pintu hati pengambil untuk memulangkan kepada tuannya.

Apapun aku memaafkan kesilapan budak itu. Semoga dia diberi rahmat dan hidayah serta diampunkan Allah. Terima kasih juga kepada pihak sekolah atas apa saja ikhtiar untuk membantu kakak... sudah tentu.

Aduh Tempayan

Aku memang tak tahan apabila ada geng bercerita tentang pokok, tentang landskap... pasal tempayan atau pasu tempayan. Hari tu sempat singgah nurseri untuk sobey2 tapi arrgh....tutup pulak. Ngapa mesti tutup....bukala...bukala... aku nak cuci mata dan minda sambil ringan2kan mulut bertanya harga. Wahhh...best.

Hari ni menyinggah lagi. Jom tengok apa yang menanti. Pasu dari harga RM80 hingga seribu lebih. He..he.
 Pokok daun panjang2 tu....apa nama ekor kuda ke apa....ala yang banyak kat landskap tepi jalan tu harganya sehibu lima hatuh. Uh...uh. Ada aku mampu?
Kesimpulannya bawaklah wit banyak2 kalau datang menziarah nurseri. Jangan jadi cam haqu yang hampir tak jadi beli pasu tempayan sebab bajet cipit ajer. Mungkin kerana kasihankan aku yang melilih air mata serta posa dalam bulan Ramadan ni...maka toke tu bersimpati... oke... ambik r... serta merta senyumanku melebar. Terima kacih yer. Semoga projek melandskap semakin maju dan jaya.
 Hamboi...verangan aku nak kawin dengan puteri raja yer... buaian ni 3 hibu. Adik nanti kerja belikan buaian untuk umie...
 Chopp...yang depan tu aku punya. RM250. Amboi... kuranglah banyakkk...hadoi.
 Piley...piley...yang mulut luas ada yang mulut sempit ada. Tulah mulut tempayan boleh ditutup wei.

Kostumer cantik sedang merayau2. Awas....pasu mana yang jadi pilehan tu.

Saturday 12 July 2014

La Tahzan Aduhai Anakku

La tahzan....(jangan bersedih..)

Petang tadi kuhantar kakak ke hostel dalam keadaan sihat walafiat dan ceria. Ku kirimkan juga sejumlah wang untuk menjelaskan bayaran PIBG Abang. Ya la... sudah setengah tahun lebih masih belum setel. Rasa tak sedap hati apabila abang duk sertai kem itu kem ini masih guna duit sekolah. Teruknya aku....

Tup...tup, baru sekejap dapat panggilan daripada kakak. Dengan tangisan berjurai2 dia memanggilku. Aku yang mendengar rasa sungguh sebak. Mengapa wahai anak? Apa yang membuatmu sedih sebegitu rupa?? Jatuh ke...sakit ke... oh...jangan2...jauhkan... rasa saat itu inginku terbang bersamanya. Hu...hu.

Dalam sedu sedan dia cuba menerangkan... sayang tak begitu jelas. Setelah rakan karibnya menjelaskan barulah aku faham. Terimakasih rakan kakak, YUNI. Semoga bff4ever. Apapun, kakak perlu tenang dahulu. Sabar wahai anakku sayang.

Umi takkan marahkan kakak... bukan silapmu. Kakak buatlah tindakan yang rasional sebab kakak memang bijak. Yang penting tenangkan jiwa dan minda. Umi percaya ustaz yang merangkap warden asrama akan mengambil tindakan dan berikhtiar untuk membantu kakak. Insya-Allah.
Selain itu berdoa dan bertawakallah. Namun kita perlu percaya dan yakin... sesungguhnya Allah tidak menzalimi kita. Apapun reda dengan ketentuan dan rezeki Allah.

La ilahailla Anta...subhanaka inni kuntu minazzolimin....

Friday 11 July 2014

Nasi Kerabu Sedap

Gambar dulu lah baru stori...

Nasi ( utk 5 org )
3 cawan beras
1 batang serai
12 kuntum bunga telang diramas dlm air.
3 helai daun limau purut
sedikit garam

* tanak seperti biasa.

Tumis Budu Belacan
3/4 cawan santan pekat
2 labu bwg besar
6 biji bawang merah
2 ulas bwg putih
sehiris halia
3 sudu besar budu
secubit dua belacan
3 batang serai yang dititik
2 sudu besar manisan
secubit gula
2 sudu besar cili giling
garam

Cara
1. Kisar bwg halia dan sebatang isi serai.
2. Tumis cili giling hingga garing. 
Masukkan bahan kisar. Tumid hgg garing.
3. Masukkan santan manisan gula dan garam.
4. Biarkan hingga pecah minyak.

Sambal
1/2 cawan kelapa parut yang disangai
5 ulas bawang merah
5-6 biji lada hitam
sebatang serai dihiris nipis
3 ekor ikan selayang
gula dan garam

Solok@Sorok Lada
6 biji lada solok
4 ekor isi ikan selayang mentah
1/2 kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
sehiris halia
3 sudu santan 
sedikit air( kalau nak rebus solok)
Gula dan garam

Ulam
5 tangkai daun serai kayu
2 tangkai daun selasih
2 tangkai daun gajus
1 helai daun kunyit muda
5 urat kacang
1 batang timun
segenggam taugeh

Cuka Lada
11 biji cili marang
5 sudu cuka
garam gula







Wednesday 9 July 2014

Nasi Arab Orang Melayu

Sudah berhari rempah nasi Arab yang kubeli itu asyik terbawa pergi ke tempat kerja. Sebabnya kumasukkannya di dalam beg kerja. Apalagi tiga empat hari dia berulang alik mengikut aku kerja. Akhirnya hari ni aku nekad nak masak nasi arabic spesial. Apatah lagi kelmarin sudahku dapatkan sekilo daging kambing di HPA. Tapi import jugak... kawan kata yang tempatan pun ada di situ. Hampeh...RM20 sekilo.

Hampir saja menu itu tidak terlaksana lagi... sebab aku tertinggal beg kerja!! Arg...macam2 hal. Nasib baiklah ada teman yang baru nak balik... so aku kirimi saja. Terima kasih... he..he.

Bismillahirrahminirrahim.... berpandukan resepi yang tertulis namun ada yang kuubah suai mengikut tekak Melayu kampung. Dagingnya patut direbus kosong lalu dicampur dengan nasi tapi aku bahagikan tumisan itu untuk perap daging. Then reneh hingga empuk. Sebabnya aku tak suka daging yang menjadi tawar tidak bersalut rempah.

Tak sabar tunggu masa berbuka. Uhh..hui sedap!!. Namun kalo daging kambing tu ada kuah sikit2 lagi power. Sup sempoi tak cukup bahan pun sedap. Uii memang sedaplah.
Esok nak oder lagilah. Harganya RM15 sepeket yang mengandungi beras basmati 
( panjanggg... ) dan rempah ratus. Memang berbaloi2.

                                                 Lagi nasi Arab posing lintang pukang...

Sunday 6 July 2014

Printer oh Printer

Semenjak dua menjak ni banyak kerja berkait print memerint yang tertangguh. Sudahlah aku ni malas paras tertinggi, printer asyik meragam apabila aku nawaitu nak guna. Tak keluar colour lah. Print jadi belang-belanglah....pabila dimentenenkan kaler, yang hitam pulak merajuk tak keluar.
Aku buat keputusan muktamad. Aku naik godeh sendiri. Alang2 rosak biar relai atau jadi debu. Pueh hati kan. Tau apa yang aku dah kerjakan pada printer tu. Aku keluarkan head ink...pas tu rendam dalam air panas eh...suam.

😴😴😴😴😴😴😴 tertidur...kui kui. Memblog lah sangat sampai tertidur macamlah jadi kewajipan. Huh.

Sambung perihal merendam head ink tu. Masa tu terkeluarlah dakwat2 yang kering yang menyumbat lubang hidungnya. Itulah pasal warena tak keluar. Mogok lah tu.
Pas tu kenala test print sampai serim kertas A4. Gitu...membazir tahap bintang tiga. Kendiannya dapatlah aku memerint meski warna tak secantik asal. Refill kan. Tu printer aku. Pencetak orang lain aku tak tau...

Saturday 5 July 2014

Damailah Dikau di Sana

Lagu pertama kegemaranku dendangan arwah ialah Terbang Helang ketika umur dalam lingkungan darejah 4. Sebelum2 aku tak tahu siapa beliau. Almaklum tidak ada kemudahan radio. Teve lagilah. Masa tu aku tengok teve cerita best kat rumah orang. He..he buat nyemak rumah jejiran. Bila diingat2 balik rasa maluuu... tapi nak buat cam mana sebab memang trend tambah pula memang tak tahu malu. Sori naik lori deh. Cuba bayangkan kalu masih berlaku situasi begitu pada masa le ni. Sanggup ke kita?? Aku terpaksa sanggup la kan. Kalau tidak jadi manusia tak reti bahasa lupa hasal husul pulak. Welcome...welcome.

Hari ni dapat wasap tentang kepergian Allahyarham Syarifah Aini Syed Jaafar. Innalillah....

Tuesday 1 July 2014

Buluh Madu Hiasan Sudah Boleh Makan

Memang aku sangat teruja denan pokok buluh madu. Rimbun cantik dan memberi teduhan. Dua tiga tahun lepas aku beli sebatang anak pokok. Sebatang lagi aku dapat percuma. He... ala apalah sangat dengan buluh berharga 8 hinggit itu berbanding duit yang kulaburkan di situ. Dari semenjak sebiji pasu hingga berpuluh2 biji ku beli di situ. Dari rumahku tandus kontang ibarat padang jarak kini sudah seperti hutan2 dara jadinya. Semuanya bermula di nurseri dia. Cewah...mengungkit tahap gaban nampak.

Di sini aku tunjuk cara memilih dan menebang rebung dengan penuh tolak ansur. Perhatikan betul2.... Oh ya, digalakkan roomate kita yang mengambik sebab miang sama miang kan ngam. Gurau jer...sori naik lori.
Mola2 pilih rebung yang akan jadi mangsa. Mengambil rebung buluh madu beza dengan buluh biasa. Sebabnya rebung diambil ketika tingginya mencapai 2 hingga 3 kaki. Betul ke? betul setelah kurujuk2 pakar yang boleh pakai.
Mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim... Kemudian hayunkan golok atau parang yang suci daripada najis. Tak payah mintak izin dengan datuk2 kerana kita sudah minta daripada yang haq. Pastikan guna senjata yang sudah diasah. Kalau tidak akan menyakitkan hati dan perasaan emak rebung. Selain itu tingkatkan fokus dan berhati2 takut tertebang badan emak dan ayahnya. Naya nak gonyeh...
 Nilah rupa paras setelah bajunya dibuka. Segera kuteringat akan gulai lemak rebung plus perut lembu. Perut orang tak sesuai. Lupakan.
Bawa ke atas rumah dan katang2 kan bodinya. Lepas tu bolehlah masak....ops oppa gang nang...kena jeruk dulu deh. Caranya? mudah ajer....masukkan rebung yang sudah dipotong ke dalam air. Rendam semalaman. Pas tu bolehlah dibuat apa saja. Ada gak yang suruh rendam dalam air beras.

Ole2 dari Korea

Ada sorang budak ni sangat lumayan hidupnya. Maklumlah ayahnya kerja minyak. Selalu out station ke negara luar. Justeru dia dan emaknya ada kesempatan emas untuk makan2 hangin...best giler. Best dia cara dia... kita pun best jugak.

Setiap kali dia melancong... sentiasalah dia ingat kat aku. Ala yang simpel dimpel aja seperti key chain atau penanda buku. Walaupun kecil tapi amat berharga kepada aku yang hanya mampu melancong dalam mimpi saja. Ke guane Encik Mimpi.


Terima kasih Rabbyatul. Cantikkk sangat.

Aktiviti Ketika Cuti Rehat Khas...

Sudah masuk bulan ketujuh tak pernah kuambil cuti rehat atau mc. Bukan nak mencelen pekerja contoh yang tak pernah ambik cuti rehat sepanjang perkhidmatan. Bukan juga sebab ada golden hand yang membayar baki cuti yang tidak diambil. Tapi syukur alhamdulillah sebab Allah kurniakan kesihatan dan tubuh badan yang kuat untuk terus bekerja.
Hari ni pada hari ketiga puasa 1435hijrah.... aku bercuti. Fuhh.. best jugak berjimba2 pada masa orang lain kalut menunaikan tanggungjawab. Apapun aku memang ada urusan yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Urusan ini seolah memberat di dahi paling depan selagi tak beres. Apa tuuu...antaranya...
i. ke Syarikat Andalusia sebab nak daftar umrah. Insya-Allah semoga tertunai dan dipermudahkan-Nya.
ii. nak buat spek baharu memandangkan aku rasa kelabu2 saja...(semakin tua kan..)
iii. nak g mydin sebab baru ni pergi tak dapat parking. Full house sempena Ramadan.
iv. nak beli ikan terubuk dan kapla ikan merah kat Giant....he nak ke medin dan giant pun jadi agenda besar ke?. Heh jangan pandang remeh ya kawan. Sebab baru2 aku sempat beli terubuk dengan harga 5 rial seekor. Boleh tahan saiznya. Manakala kapla ikan nampak segar tapi dan ke orang lain dah...hu.