Tuesday 7 January 2014

Nasib Orang, Nasib Kita?

Tiba-tiba aku terkenang pada seorang sahabat lama. Sebenarnya tak berapa berkawan pun dengannya. Almaklumlah dia tu cantik, bertudung labuh dan berjubah. Bersekolah jauh dari rumah berhantar berambil. Anak tauke restoran yang popular pulak tu. Berbanding dengan aku jauh nan amatlah. Aku hanya berjual kuih muih pada bulan Ramadan...ala kecil-kecilan tahap cucu bilis. Tudung tak labuh, kadang pakai kadang tidak serta bersekolah biasa tempat anak-anak marhain mencari ilmu. 

Sudah orang cantik dan berakhlak elok pulak tu, justeru menjadi buruan dan igauan teruna dan duda. Kerana terlampau popular tahap kampung, akhirnya dia tidak mahu menyambung sekolah lagi dan mahu berkahwin. Yalah, sudah ada jaminan, suami akan tanggung beres, apa pulak nak belajar2 lagi....

Awan berarak. Masa berlalu.

Hampir dua puluh tahun kemudian, aku disapa seseorang ketika di pasar. Ingat-ingat lupa, maka otakku bekerja keras untuk menterjemah apa yang kunampak. Oh...

Kami bersalam-salamn sambil bertanya khabar. Katanya dia dah bercerai dengan suaminya dulu. Dia mendakwa bekas suami gilakan perempuan lain, yang muda tentunya. Alahai kasihan... dia ditinggalkan dengan tujuh orang anak.

Tak lama dia meminta diri kerana perlu bergegas pulang untuk membuat kuih jualan. Dia berlalu dengan menunggang motosikal yang agak berusia.... nasib orang, nasib kita?? Allah jua yang tahu.


Saturday 4 January 2014

Jamban untuk kucing

Hari ni aku sekeluarga menjadi penyeludup pasir di sungai yang malang. Alah, jangan bersangka buruk dan busuk lah, bukan nak jual atau nak buat rumahpun, aku cuma nak ambil barang dua tiga lori...err dua tiga baldi saja. Itupun untuk buat jamban si kucing2 peliharaanku agar mereka tidak memberontak dan mengutuk atau mendakwa aku. Justeru aku perlu menyediakan prasarana khas untuk mereka memandangkan mereka tu sangat pendendam, sanggup berak depan rumahku berkali-kali di depan mataku. Adusss... 

Jadi aku harapkan aku tidak merosakkan alam semula jadi. Aku memang pencinta alam tapi aku jugak mesti mencintai dan menjaga  alam di sekeliling rumahku daripada sebarang pencemaran darat udara bunyi dan bau. Makanya tidaklah layak aku disabitkan dengan kesalahan. Oh...tolong datuk, jangan saman.

 langkah pertamaku utuskan perisikan ontok sobey2 dulu. Pandang kiri kanan.. manalah tau kot-kotnya ada pengawas sekolah pulak. Ok...line clear, kata adik. Hmmm.
Ops korek pun bermula dengan senangnya. 
Hati-hati bos... jangan terambil tahi orang sudah.
sebenarnya dah rosak...kalau masa kita orang kecik2 dulu pasir ni panjang memutih seumpama pantai Batu Buruk saja persisnya.

Friday 3 January 2014

Maafkan Umi...

Hai sejak membela kucing ni aku dah tak boleh sabar dengan perangai si kucing yang berak di depan rumah. Sakitnya hati... kalau selama sekolah cuti adalah bebudak yang bertugas menyahkan tinja itu, tapi kini segalanya tertanggung di pundakku. Abahnya pulak terserang dek penyakit lelah semenjak si ku berempat tu aku ambik daripada seorang rakan yang hendak membuangnya. Entah kerana penyakit memang selama ini terpendam atau dek alahan bulu2 kucing yang berterbangan.....

Aku memang tak ada hati kat hewan yang luruh2 bulu, sementelah pulak  abang memang elegi, asma semasa kecil. Dua hari sebelum sekolah dibuka, aku terpaksa membuang dua ekor kucing kakak dan adik. Comel. Masing2 sebak dan terasa berat hatilah sangat. Aku yang memang tak gemor pun rasa sedih sangatt.... apatah lagilah mereka berdua yang dok basuh, mandi dan mendukungnya setiap hari. Rasa bersalah sangat kerana terpaksa meregut kebahagiaan mereka.

Yang dua ekor tu aku simpan kerana mereka nampaknya aktif berkejar-kejaran...orang kata menikus. Sesuailah mereka menjadi pengawal pemerhati di halamanku. Almaklumlah dah beberapa kali sang ular cuba mencerohoh. Apapun kepada kakak dan adik, umi mohon maaf, ikutkan hati umi nak ambil semula mereka berdua tu... Sebenarnya dua tiga hari jugalah aku dan hubby meronda pasar tempat pembuangan dulu, tapi hampeh... aku mereka telah diambil orang sedangkan banyak kucing yang berkeliaran di dalam pasar. Yalah kucing bersih, sihat dan gemuk saper tak geramkan?

Apapun sori, umi  terpaksa memilih jalan itu demi kasih sayang pada keluarga yakni abah. Kakak dan adik pun begitukan. Terima kasih kerana berkorban perasaan kalian. Allah jua membalasnya.