Monday 26 August 2013

Ukur Beg Tangan Pada Duitnya

Acu tanya wanita mana yang tak nak memiliki henbeg yang cantik berjenama. Angkat tangan saper yang berani tipu diri sendiri tu? he.. aku? derhaka pada diri sendirilah kalau kata tidak.

Tapi janganlah sampai berhutang keliling pinggang untuk bergaya. Ada sorang makhluk tu, sebelum ni dia agak sederhana saja dari segi penampilannya sama ada baju, tudung  dan beg tangan. Maklumlah datang dari keluarga susah. Maka, pada awalnya masih lagi insaf diri lah.
 
  cantiknya...

Namun masa berlalu pantas, dia akhirnya tergoda dengan gaya sorang dua rakannya yang membeli barangan berjenama. Lantas diapun menjadi rakan karib dengan kedai2 online dan pos laju. Sebenarnya tak ada peliknya dengan perangainya itu, kita faham.. wanita yang bekerja terutamanya, perlukan sesuatu yang diingini sebagai hadiah. Makanya kita tidak boleh terlalu berkira sangat untuk diri sendiri. Lagipon bukan selalu, kan.

Yang menjengkelkan hati ( yang aku dengki sebenarnya...he ) adalah sikapnya yang suka menguar-uarkan tentang harga barangannya sebab takut orang tak tahu. Orang lain pon ada gak beg tangan yang lebih mahal daripada tu tapi diam2 ajer. Takut jadi riak pulak. Ada rakanku ni beli beg sampai dua tiga ribu, tapi senyap je. Pabila ditanya... berat hati nak beritahu. Ginilah sepatutnya...

Walau bagaimanapun, tak guna barangan mahal tapi duit dalam beg tak seberapa, kadang nak bayar hutang pun....LIAT.

 

Saturday 17 August 2013

Sijil Layak Menduduki Rumah

PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli.

Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;
Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance).

Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima. Walau bagaimanapun, pindaan kepada UKBS ini hanya akan berkuatkuasa setelah semua negeri mewartakan pindaan ini.
Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih dahulu.

Pemaju adalah bertanggungjawab ke atas bangunan dalam tempoh selama 18 bulan dari tarikh pengeluaran pemilikan kosong bangunan atau disebut serah kunci. Sekiranya berlaku kecacatan bangunan seperti kebocoran bumbung, kebocoran paip air dan sebagainya dalam tempoh tersebut ia merupakan tanggungjawab pemaju.

Kegagalan struktur seperti keretakan tiang, rasuk, lantai atau mendapan bangunan merupakan tanggungjawab jurutera perunding bagi sepanjang umur bangunan berkenaan. Pemilik rumah yang menghadapi masalah ini hendaklah melaporkan kepada PBT berkenaan berserta dengan butiran dan gambar bagi memudahkan kerja penyiasatan. Di bawah, UKBS Undang-Undang Kecil 258, PBT boleh menyuruh jurutera perunding asal yang mengemukakan pelan berkenaan membuat laporan untuk menjelaskan punca kegagalan dalam tempoh yang ditetapkan oleh PBT. Jurutera perunding yang gagal mematuhi atau tidak memberi kerjasama, pihak PBT atau pemilik bangunan boleh membuat laporan kepada Lembaga Jurutera Perunding bagi tindakan selanjutnya.

sumber: 

Kejutan Besar Tamanku

Hari ni pagi2 lagi aku turun ke taman astakonaku. Sambil meneman en. kamal membasuh kereta, lantasku cuci mata tinjau2 kemajuan tamanku bersama cik canon. 

 kolam kecik ni sekarang dihuni oleh 3 ekor ikan puyu dan seekor anak bagi menggantikan si ikan guppy yang arwah semuanya. koman jer kan ikan2 peliharaanku... sebenonya bukan aku nak menternak ikan sangat,.

ni ha tanaman yang mesti aku selam dalam kolam. Cantikkan. Besar gedabak bunganya. Tima kasih sebab kembang pada raya ke sembilan nan indah ni.

 tiba-tiba aku dikejutkan oleh benda ni. Apa nih? Meh close up sikit...

taraaa...


Friday 16 August 2013

Aidilfitri yang Indah

Tema tahun ni warna ni. Pinang masak ranum gitu. Dalam gambar sangat cantiklah macam raya tahun ni aku yang punya. Sebenarnya dah tak tahu nak pilih kaler lagi.

 Kali pertama dapat bergambar bersama sebab pakai stand. Biasanya sorang mesti ghaib.
sape yang bijak pilih wana ni aida eh? Orang kata warna fotogenik. Aik ada ker?
 rumah mak aku. Hanya aku yang ada, adik beradik tak balik.
berkumpul kat rumah arwah tok. Sedey.
Tangga antik ni lokasi wajib untuk sesi bergambar setiap kali raya. 
Gaya posing pon samaa jer. Tak kretip langsung ah.

3 jejaka ensem dalam hidupku...