Friday 31 May 2013

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan

Bermula dari sehari, seminggu, sebulan dan setahun. Kemudian berulang lagi bertahun-tahun. Kekadang terasa kenal kekadang seperti kenalan baru. Segar.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kepada yang menyambutnya hari ini. Semoga ikatan suci kekal bahagia selama-lamanya.


darling, bila nak hadiahkan aku benda ajaib nih? cantiknya... 
bilakah impian akan menjadi nyata, terang dan bersuluh.  Adush berangann!


Wednesday 29 May 2013

Jalan-jalan Perlis 1

Macam biasalah bilamasa cuti sekolah, mesti rasa gatal2 nak berjalan makan hangin. Pon begitu masih dalam mode cuti bajet saja. Kali ni kita akan ke Perlis Indera Kayangan. Negerinya kecik saja, daerah Hulu Terengganu lebih besar berganda2 daripadanya. So, jangan risau takut sesat, paling jauh pon terkeluar ke laut saja...

Dari Terengganu ambik masa lebih kurang 8-9 jam lah. Tengok macam mana sanggup tekan minyak. Kalau ganas mungkinlah dalam 2-3 jam saja. Lepas tuh ke laut... Penat perjalanan hilang setelah melihat bukit-bukau, sawah padi saujana mata dan sudah tentu harum manisnya yang ditanam merata2. Sungguh Perlis permai dan mempesonakan. Makmur. Suka sangat, rasa nak beralih duk kat sini pulak.

terus ke Kangar boh...

Makanan Laut @ Kuala Perlis 
Dengar cite, makanan laut kat sini fresh dan murah. Pabila mendengar tentang sifud, hati rasa berdebar2, tergaru-garu nak pergi. Alhamdulillah sampai jugak. Nasib baik aboh super sporting bab2 menjalan-jalan ni. Apa susah semuanya dari A-Z aku yang urus, tugasnya drive kereta dengan berhemah supaya selamat sampai dan balik. Bereh boh...
 
 mak cik... ambiklah aku! kata si ketam sambil mengait2 tanganku.
Aneka seafood yang menjual diri di atas perahu ni. Kraetip sungguh. Pilih saja dan tanyakan penjual apa menu istimewanya. Gerenti sedap punyalah.
memang lazat berkhasiat. Harganya sangat berpatutan. Dua malam berturut2 kami ke Kuala Perlis makan. Tapi malam kedua konon nak rasa kedai lain, hampeh! insya-Allah nak datang ke sini suatu hari nanti, nak makan sepuas-puasnya. Kekangannya ialah.... jauhhhh sangat.

Naik Kereta Kuda


ramai orang turun sekejap untuk begambar kat sini. Aku yang tak berhajat mulanya, baru teringat ikon penting Kuala perlis ni.

Kuala yang Surut



Friday 17 May 2013

Basikal Comel Untuk Kakak

Basikal comel untuk murid cemerlang UPSR 2012.

daripada YB Rosol Wahid. Terima kasih...

  Semoga menjadi insiprasi kepada murid-murid lain.

Selamat Hari Guru Ke-42

Guruku tersayang, guruku tercinta tanpamu apa jadinya aku
tak bisa baca tulis, mengerti banyak hal,
terima kasihku...

Saturday 4 May 2013

Selamat Mengundi 5/5/13

Alhamdulillah, esok kita akan mengundi lagi. Aku akan menunaikan tanggungjawab itu untuk yang ke sekian kali. 1995, 1999, 2004, 2008 dan esok 2013. Maknanya masuk yang kelima. 

Aku undi siapa? Aku pilih kerajaan yang ada misi dan visi yang jelas, mempunyai struktur yang terancang kemas dan yang sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

Hai tak sabar menunggu esok. Harap2 tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di bumi bertuah ini.