Saturday 26 January 2013

Hargailah pengorbanan seorang bapa..

Sila baca kisah teladan yang mengundang rasa insaf ini. Aku copy saja. Harap empunya blog tidak keberatan untuk kisah dikongsikan.

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai.

Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah.

"Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.

Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan.

"Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.

"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..."

Aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop.

Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai.

Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...


sumber :
http://mediapermatangpauh.blogspot.com

Terima kasih, sangat mengharukan. Aku kopi peskan untuk ingatan diriku sendiri.




*Sumber perkongsian dari FB

Salam Maulidul Rasul.


Salam Maulidul Rasul. 


Salam Takziah

Salam takziah untuk keluarga Azhan.

Aku kenal budak ni sebab dia kawan abang. Baru dalam Tingkatan Empat. Dia meninggal kemalangan jalan raya. Baik budaknya, maklumlah keluarganya pon orang baik2. Sempat jugak aku menziarahi keluarga arwah.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya.


Seratus Ringgit yang Mencukupkan

Dah berkurun lama aku tak mengapdetkan blog picisan ni. Bukannya talian tenet akun kena potong, tapi aku kurang kuasa nak mengadap pc. Syukur alhamdulillah, aku sihat2 saja. Hamboi... menulis surat tak rasmi ke..

Pertama-tamanya aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak gomen kerana berikan wang bantuan persekolahan untuk semua anak2 sekolah yang warganegara. Aku ada 3 orang anak, makanya dapatlah 300 hatus. Ya beda bedu daa... masa ni aku percaya semua mak bapak nak ada anak seramai2nya. Tak gitu? 

Adik dah merancang2 nak beli basikal baru. Wahai anakku sayang, sehatus tak cukup... banyak kena tambah daripada yang adik dapat. Oooo... nak kumpul ah. Tahun depan seratus dan masa tahun 4 seratus. Dia agak2 sudah cukup tuk beli basikal. Eh... mananya, kata nak bagi kat umi?
Hmm nanti tahun 5, adik beri lah. he. Pandai ye bebudak zaman sekarang merancanng. Rasa2nya tahun depan dapat lagi ke? tungguuu.


Wednesday 2 January 2013

Setahun Sudah Berlalu

Hari ni cukuplah setahun aku menulis di alam maya. Segala yang karut marut telahku wadahkan untuk tatapan aku sendiri. Yaa... aku puas!.

Selamat Ulang Tahun Sayang....semoga apa ku akan lalui indah2 dan kreatif belaka.

*******************

tadi aku pergi ambil baju kurung yang telah siap di rumah teler. Sebab aku dah biasa, aku ambik sendiri je bajuku dalam almari. 

Ohhh....huduhnya... aku jadi pelik mengapa aku terbeli kain yang agak jelik di mataku ( sori ye... cantik kan subjektif) Tiba2 rasa menyesal... aku ni jahat sikittt, baju yang aku tak berkenan takkan ku pakai punya meskipun orang bagi percuma... jahat. Bukan apa, rasa tak selesa dan serba tak kena. Nanti tak pasal2 mudi pulak.

Eehh... tu orang punya wei... kata tukang jahit.
?????? :-) laa. Malulah jugak.

Tapi kan, aku respek betul ngan teler2 ni, kain menimbun pon boleh ingat ( tapi ada gaks kes terpencil yang tersalah jahit kain orang lain ). Sedangkan aku, kain sehelaipon tak hingat. 

Terima kasih tukang jahit yang buatkan aku baju dengan kemas dan cantik.

 




Tuesday 1 January 2013

Mulakan Hari Dengan Banjir

Hari ni bebudak sekolah belah-belah sini dah mula. Tapi ada beberapa sekolah yang terpaksa ditutup sebab banjir. Setakat air naik sampai paras tingkat satu tu... kira biasalah. Hari ni jugak pergi hantar kakak awal2 pagi lagi, cuaca masih gelap tambah2 hari hujan rintik-rintik. Maklumlah sekolah baru, kita tak faham lagi tentang peraturan sekolah... tak mo lah awal-awal dah kena cop kaki datang lewat.

Adik pula naik tahun dua, pukul enam setengah sudah siap dan tak sabar2 gesa aku hantar. Amboi dik... awal sangat ni. 

Bagaimana ya anak2 Tahun Satu masuk sekolah... rasanya sudah tidak ada yang paksa emak tunggu tepi kelas. Sebabnya Guru Besar awal2 lagi suruh anak2 bye-bye kepada emak. Makanya, mahu ke tidak terpaksalah emak ayah tinggalkan kawasan sekolah. Bijak juga taktik tu, tapi kenalah pandai main emosi supaya anak2 tidak teringatkan maknya.

Apapon, selamat tahun baharu. Semoga tahun ini penuh wangi-wangian.