Wednesday 31 October 2012

Aku Kena Saman

Hari Raya Korban makanya ramai yang berkorban lembu kerbau untuk mendapat lebh keredaan-Nya. Aku pon turut serta berkongsi rezeki dengan orang lain. Tapi aku bukan nak cerita tentang itu.

Alkisahnya pada hari raya pertama tu, aku berkampunglah kat rumah mak aku. Tetibernya aku ternampak dua keping surat bernamakan aku. Selamba ajer aku koyak sebab pada firasat aku mestilah ini surat2 tentang kad kedit. Menyampah... cukuplah aku satu kad kedit jer, bukannya aku banyak benda yang nak dibeli sebab gaji aku bukan banyak pon. Alahai...

Apabila terbukaklah surat itu, aku menjadi heran dan pelik? eh.. macamana gambar kereta aku masuk dalam surat cinta ini?. Tak paham tak paham. Tapi.....oh! rupanya surat kerajaan untuk aku. Aku kena saman oooi. Dua lagi. Satu masa pergi dan satu lagi masa balik. Pergi jam 9.30 pagi dan balik jam 10.30 pagi, lebih kurang. Arrghh tak sesuai... hati aku memberontak. Ngapa polis tu tak tahan saja aku masa tu? jika ditahan dan disaman , maka tidaklah aku disaman lagi masa pulang dalam jangka masa satu jam saja. Musykil sangatt.

Malas ah nak berleber kat sini. Nampak gayanya, kopak lah aku bulan ni.



Monday 22 October 2012

Baulu dan Akok @ Jamuan Akhir Tahun

Pabila sampai hujung2 tahun ni mesti ada mak, ibu, umi, mami, megi dan lain2 yang agak sibuk memenuhi permintaan anak2 sekolah. Alaah... bukan permintaan ajaib pon. Cuma minta sediakan kuih muih untuk jamuan akhir tahun kelas mereka. 

Hmm, kuih muih?... nanti umi belikan kuih baulu, ok tak? tak pon akok berkedut ( sejenis kuih manis yang fofular kat Pantai Timur ). He..he. Aku tau, mereka tu bukan nakkan kue original kampung tu. Demer tu mahukan kek coklat, puding2, koktel dan aneka lagi yang moden2. Lagi sporting kalau ada mak yang buatkan kek cawan angry bird gitu. Hamboii...tak hingat asal usul.

Teringat atuk cerita zaman dahulu.... masa aku sekolah rendah dahulu kala, aku hanya bawa biskut kering untuk jamuan kelas. Apabila cikgu tengok terus hilang selera... kwah..kwah. Ada sorang tu anak cikgu, siap bawa puding dalam bekas cantiiik macam pelangi lagi. Tengok bekas pon dah ingatkan kue sebab aku nampak ada sorang cikgu laki tu macam nak cubit...( ingat aku sorang jer yang rusa masuk kampung! )... :-)

Mestilah para guru menumpu kepada kumpulannya. Sedangkan geng aku hanya terdiri pelbagai biskut2 yang hanya dimakan oleh orang tua kuno saja. Ada biskut lenga @bijan, biskut empat segi keras.... dan lain jenis yang murah2. Dahnya itu saja yang ada kat rumah manakala yang sedap2 dan cantik duk kat kedai. Ha..ha...he..he ( lucu dan kesian dengan diri sendiri...)

Dah dua tiga hari kakak merengek2 nak aku buatkan koktel tapi aku jual mahal jer. Bukan susahpon nak bikin, cuma sediakan bahan2 dalam tin sajer. Untuk makluman kakak, benda2 canned tu boleh tahan gaks regernya. Takkkan nak buat sikit jer... nanti tak cukup. Pas tuh, takkkaan sejenis ajer isinya... nanti tak sodap, macam tak ikhlas saja. Bukan umi ni kedekut tahik hidung masin... saja nak warning.. janji belajar rajin2 tau. Comeii.

 
koktel idaman malayaku, spesel untuk kakak dan geng.

Makanya, tadi aku belilah bebahannya. Tiba2 anak dara tuh menjadi over rajin... nak buat puding buih lah pulak. Tercongok depan lappy cari resepi. Hei... mari sini! ikut ajer resepi ai ni. Ingat mak kau ni tak reti masak ke? tulung sikit. Kalau tak jadik busanya, sila tambah dinamo yer, guranti tinggi buih tu...puas?

 my little chef yang bikin. Memang sedap, nyum-nyum di mulut.


Saturday 20 October 2012

Pabila Orang Mintak Tolong

Aku rasa setiap orang pernah menolong dan meminta tolong kan? mungkin mintak tolong  beli pamper, mintak tolong pinjam beras garam, mintak pinjam itu dan ini yang kita tak berapa nak berat hati nak berikan. 

Bagaimana kalau ada orang mintak tolong...err  nak pinjam wang daripada kita?  apa?? rasanya lebih baik mintak tolong angkat seluar dalam di ampaian... Duit tuh,.. sebulan sekali baru dapat, tu pon tak banyak. Mesti fikir 10 kali nak beri persetujuan.

Tu lah, alkisahnya terjadi padaku, pagi baru balik dari Langkawi untuk habiskan duit... petang ada orang call cakap nak pinjam duit. Katanya terdesak sesangat... aduss...  nak tolong? tak tolong?...

memandangkan orangnya aku agak kenal sebab dia selalu jual kue kat tempat kerja aku...dan apabila kuhitung2, rasanya adalah lebih sikit bakinya sebab akukan tak jadi beli pinggan corelle, so okaylah. Makanya panjang lebarlah doanya agar aku dirahmati Allah dan bagai-bagai lagi yang baik2. Amin...

Akhirnya, aku dapat tahu... rupanya dia banyak berhutang dan dia sudah buat banyak cubaan untuk berhutang dengan rakan-rakanku. Sebenornya, aku pun bukan ada duit sangat sekarang ni. Tapi tak per lah, demi melepaskan orang daripada kesesakan jalan raya... eh kesesakan hidup ( kalau betul seperti katanya...) , aku reda. Semoga Allah melapangkan hidup aku sekeluarga daripada segala himpitan dunia dan akhirat.



Corelle oh My Corelle

Aku rasa, setiap wanita mesti gilakan dua bendanya. Yakni... pinggan mangkuk corelle dan tupperware!  haaa  betulkan?? Memanglah, banyak lagi kegilaan wanita, tapi yang ni betul kan...

Apa yang aku nampak pabila sertai trip ke Langkawi ialah beli corelle. Walaupun hajat hati nak beli kereta mewah, tak muat beg pulak... Tak per, lain kali mintak tukar ke sana. Barulah serba serbinya LUX gituh. Kat Terengganu ni, aku pakai sabun mandi LUX sudah kira bagus lah. ha..

Makanya teruja lah aku nak ke Ismail Group dan Idaman Suri. Aduhhh... pening sebab banyaknya barang. Kalau wanita yang giler bunga vantage tak tahulah nak kata, mesti meroyan nak tinggalkan kedai2 nih. Aku cari2 juga pinggan cap korel idaman kalbu, tapi nampaknya tak dek yang berkenan. Kalau adapon, aku dah ada koleksinya... makanya, terselamatlah duit aku daripada dilaburkan di situ.

Hari terakhir kat terminal jeti... tiba-tiba saja aku ternampak barang baik itu dalam kedai Ismail group... tapi alahh... tutup pulak. Oh ya, hari Jumaat. So, jamu2 mata dari luarlah saja. Akhirnya sampailah masanya, kami menolak troli2 ke ferii... 

Haah? dah buka kedai ismail? kak!! aku masuk kedai tu kejap...
hoi... tak ader orang nak tunggu mu lah. Cegah akak itu mematikan hayunan langkahku.

Akhirnya, feri perlahan2 meninggalkan jeti. Aku baru perasan yang aku pon tertinggal sesuatu... ala.. takkan nak beritahu ketua rombongan, takkan dilayan punya. Kena gelak sakan adalah dijamin. Makanya aku pendamkan sajer.... nak tahu tak? ini rahsia yer.... rupanya hatiku tersangkut kat pinggan mangkuk yang dipamer di kedai ismail group. Dalam hatiku tertanya2...ngaper corak2 baru tu tak ada di gedungnya yang aku pergi??

Arggg... rasa2nya esok jugak aku nak pegi lagi. Tungguuu.


Jalan-jalan ke Langkawi

Kali pertama aku ke Langkawi kira-kira 15 tahun dahulu. Itupon kena hantar kursus. Betapalah katak bawah tempurungnya aku. 

Khamis lalu, aku berkunjung lagi ke situ. Kata orang sastera, mencari puing2 cinta. Ha...ha Oh, betapa Langkawi telah berubah sakan. Pada suatu masa itu, dari hotel seri Lagenda Resort, aku jalan kaki ajer ke Kuah nasi tu. Hari2 aku ke situ, bukan sebab membeli nasi dan kuahnya pon tapi berjalan2 lepaskan tension kerana terpaksa kursus jauh selama 3 minggu..

Underwater World
Selain daripada pameran koleksi ikan2 yang aneh dan ajaib, di sini jugak ada salju. eh.. gambar sajalah.

Kereta Kabel


 naik kete kebal... kabel. Tak sangka aku jadi berani 
tak rasa takut dan gayat walau secubit kuman. he. Sebab dah tua tu.

Geoforest Sungai Kilim

  naik bot menyusur lalu ke Sungai Kilim menuju ke Gua Kilim. Gua tu ada banyak kelawar yang berehat, bergayut atau menidurkan diri. Maklumlah di dalamnya gelap gulita, malam persisnya. Kalau korang jenis lemah semangat, atau lemah jantung tidak digalakkan lah. Bukan apa, beringat2 saja..
 suker dia...

Terminal Feri Langkawi
 dataran lang... cantiknya landskap
 adik sibuk nak snap gambar uminya. okaylah dik, mesti ambik cantik3 tau.
 terbang helang... kata Tuk Pah Aini.

Masa once upon a time tu, ... kalau tak hilang ingatanlah, kedai Ismail Group dan Idaman Suri letaknya bersebelah. Kedainya hanya kedai biasa tak der besar mana. Masa tuh set pinggan corelle regernya RM120 ajer, kini dah berkali ganda.

Pada zaman dahulu itu, aku cuma belikan kamera Canon RM188, jam Seiko untuk en. Kay ( lupa pulak regernya... tapi rasanya yang murah2 jer ) dan anak patung itik untuk anak pertamaku.. masa aku tinggalkan abang berumur 7 bulan. Pabila aku balik sebulan kemudian, dia tak kenal aku dan akupon tak kenal diaaaa... ish. Masakan tidak, ketika kupergi... dia tak der gigi. Masa balik lain sesangat sebab ada dua batang gigi kat mulutnya. Sungguh aneh dia. Tapi lucuuu... betapa tak canggih teknologi masa tuh.

Apapun, Pulau Langkawi sungguh menakjubkan dan aku sentiasa ingin untuk ke sana.

Tuesday 16 October 2012

Bestnya Somtam

Somtam ke somtan? tak taulah yang sebenor namanya, kena tanya orang Siam le baru tepat. Suka tak makan benda made in Thailand nih... biasanya semua produk siam orang kita suka. Daripada makanannya, filem, pakaian, hiasan hinggalah ke orangnya.. Kalau warung or restoran tu ada orang Siam, maka berkerumunlah orang makan dan minum kat situ. Kat sini panggil pelayan mek siam.

Baru ni, makan somtam kat Besut, nama kedainya Restoran Putrajaya... eh? Yalah kat Besut pon ada Putrajaya tau! Somtamnya alahai sedaapp hingga tak terkata. Siap oder bungkus. Masa mek-mek tu tengah buat... sempatlah aku kerling2 tajam hinggakan anak dara tu nampak tak selesa. sorilah... saja2 je intai nak tengok sekret resepi. 

Mula2 masukkan betik sagat ke dalam lesung kayu, pas tuh bubuh udang baring dalam 2 sudu besar. Cili, 2 sudu kacang tanah, gula cair berwarna putih kuning.... gula apa tuh? He... itu je lah yang sempat aku jeling, kerana makanan dah sampai. 

Kat Seberang Takir pun ada satu kedai makan jual somtam yang best. Nama kedai tak hingat cuma letaknya bersebelahan ngan airport Sultan Mahmud. Tapi kuantitinya sikit sangat...........

Sekarang ni dok cari2 resepi nak buat som tam sendiri lah. Jumpa lah satu dua yang nampak sodap. Nanti pabila aku test drive dan best rasanya, aku masukkan resepinya. anganku, nanti pencen bolehlah aku bukak warung jual SOMTAM... he.


Monday 15 October 2012

Kisah Aku dan Siri Bercakap Dengan Jin

Masa aku nan remaja, aku sangat suka baca kisah2 seram terutamanya siri Bercakap Dengan Jin yang diterbitkan majalah Variasari.... kalau tak salah. Aku sangat kagum dengan Tamar Jalis yang berjaya menulis siri-siri tersebut dengan begitu real dan plot yang tersusun kemas. Cewah... macam pengkritik buku lah pulak. Aku kuat berpendapat  bahawa beliau mengalami sendiri peristiwa2 yang ditulis.

Adalah suatu hari tu, aku dapat koleksi penuh buku bercakap dengan jin ini. Pinjam daripada kawan yang sama kepala. Nak tahu? malam tu jugak aku habiskan sampai pukul dua tiga pagi. Barulah puas hati. Tapi, timbul pulak problem baru, mata menjadi keras tak dapat tidur. Asyik ternampak2 hantu-hantu ilustrasi. Macam ada2 saja makhluk tu di sekeliling aku. Peluh dingin mulai membasahi diri.

Untuk menenangkan diri, aku bacakan semua ayat2 Quran yang aku ingat.... tapi tak banyakpun yang aku hafal.... akhirnya terlelap jugaklah. Semenjak hari tu, aku dah serik nak baca cerita seram bersungguh-sungguh hingga ke lewat malam.

Hingga sekarangpun aku suka cerita seram. Tapi tidak lagi membaca.... kan dekat tivi melambak2 cerita hantu. Segala macam hantu digambarkan hingga menjadi kelakar.. Gara-gara terlalu banyak, ketakutan pada hantu menjadi tawar sudah. Kadang2 terpikir... bagus jugak banyak sangat sangat visual hantu nih hinggakan budak2 pon dah tak gerunkan hantu lagi. Siap boleh gelak tengok cerita hantu.

Masih diingat lagi, waktu mula2 ada VCD, Cd cerita hantulah yang sering aku tanyakan di gerai cd kat pasar malam ( cetak rompak... sebab tak der duit nak beli yang ori. Lagipon masih tak der kesedaran sivik tentang harta benda orang ). Dapatlah cerita2 seram yang mengarut campur lucah.... tak senonoh betul. Nak tengok kena jadi Lembaga Penapis Filem dulu, takut terlepas ke mata anak2....




Beli Sutera Lagi

Sukanya hati pabila ada duit lebih sikit. Bolehlah pakat gi beli kain sutera kat DM. Korang suker tak pakai baju sutera nih. Memanglah regernya agak mahal sikit, tapi masih berbaloi kan. Baju kat butik lagi mahai kan.

Aku pon bukanlah selalu pakai, mana ada duit nak melaram hari2 oi. Biasanya pakai setiap Khamis jer. Kan staff kerajaan digalakkan pakai batik Malaysia. So, kat Terengganu ni batik sutera lah yang popular, sebabnya selesaaa sangat... cewah promosi lah pulak. Ada korang yang nak aku belikan? Sehelai dua pon boleh....

Ramai jugak kengkawan dan sedara yang mintak tolong aku carikan. Tak derlah aku hambik untung sangat, cuma lepas minyak pon okay. Kan nak berjalan kereta tuh pakai petrol RON95. he..

Setakat ni, pantang dengar aku nak menjoli, ada jer yang mengirim. Kirim2 jugak duitnya maner akak eh... setakat air lio tu, kirim salam.

Nanti ku posingkan kengkain tu untuk pengisian entri aku ni. Pasti korang terjurai-jurai air mata...


Saturday 13 October 2012

Dialog Lucu Masa Anak Kecil

Setiap kanak2 ada tahap perkembangan masing-masing. Ada yang normal dan ada yang agak lambat. Dalam meniti perubahan usia, kadang-kadang melayan keletah anak2 menjadi situasi lucu. Banyak dialog2 lucu yang menjadi nostalgia bagiku. 

***************


Adik - ARIQ FAKHRI

Situasi 1 : 
ketika kita orang sedang makan limau Bali@limau gajah, tiba-tiba adik bertanya,

ni limau apa umi?
limau gajah.
ooohh... dia ni emak limau kecik lah yer?...

Situasi 2 : 
Semasa di prasekolah, adik seorang yang obses bahasa Inggeris. Sampaikan nak basuh berak pun dikira dalam bahasa tu sehingga seratus, baru berhenti. Suatu hari... masa aku makan tengah hari, ada tempoyak dalam budu.

umi...umi, ni pende
ni tempoyak lah adik.
tempoyak tu pende??
tempoyak tu asalnya buah durian. Tak habis makan, umi buatkan tempoyak.
oooohhh.... durian tu bahasa Melayu, tempoyak pulak bahasa Inggerisnya.

Kakak - AIDA FARIHIN

Tak banyak yang menggelikan hati tentang perbualan kakak, sebab dia ni manja...maklumlah dia kan satu2nya anak perempuanku. Cuma, kalau dia merajuk mesti dia kata: tak mo nakap (cakap) apabila ditegur. Satu lagi... mesti sebut umi...bekkkk pabila nak menyusu badan. 

kah..kah... bekkk tu kambing oi.


Abang - ARIF FIRDAUS

1. Suatu hari dia menangis teresak2.
    Kenapa dik?
    adik kena gigit semut rata... (semut gatal).

2. masa ni kakak dah ada.
   umi...umi, kenapa cikgu tanya berapa orang adik beradik?
   kenapa nyer? jawablah dua.
   dengan nada tak puas hati.... kenapa tidak tanya abang berabang tek?

********************

Kini sedar2, mereka dah besar untuk berdialog spontan yang lucu. cuma adik saja yang giat memanipulasi kecerdikan aku untuk mengungkapkan sesuatu dan menyatakan keinginan... banyak kali aku terkena.

Sayang semua.


Puisi Air Mata Ustazahku

Baru-baru ni terdengar nama ni dalam satu hebahan radio. Macam pernah kenal. Kakak beritahu yang dia ni penulis novel terkenal. ohh..  Kali terakhir berita tentangnya pabila aku terbaca kad di bunga manggar di simpang jalan yang tertulis namanya dan doktor... tetiba
teringat masa dia sekolah dulu.

*****************************

NAMA: Fatimah Syarha Mohd Noordin
ASAL: Terengganu
TARIKH LAHIR: 17 Oktober 1984


Puisi Air Mata Ustazahku

Qani’ah Syumaila
Dia meminta ustazah menjadi Sarah,
Mencarikan Hajar untuk suaminya.
Ustazah memintanya sesetia Ibrahim,
Tidak berusaha mencari yang kedua,
Meskipun isterinya mandul sekian lama,
Kerana…
Ustazah telah melahirkan sembilan orang anaknya,
Kondisi Sarah ternyata berbeza,

Qani’ah,
Dia meminta ustazah menjadi Aisyah,
Rela dimadukan suami,
Ustazah meminta dia sesetia Rasulullah,
Tidak rela memadukan Khadijah,
Walau dengan mengambil hamba,
Kerana…
Ustazah boleh beranak dan Aisyah tidak,
Kondisi Aisyah ternyata berbeza.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah taatkan hasratnya,
Tidak membantah dan tidak menegah,
Agar senang masuk ke jannah,
Ustazah meminta dia hormati hak seorang Fatimah,
Suaminya Ali, diberikan dua pilihan,
Sama ada menduakan atau menceraikan,
Kerana…
Suami bukan Tuhan,
Fatimah lebih rela kehilangan,
daripada dirasuk kecemburuan,
Fatimahlah inspirasi wanita sepanjang zaman,
Kedudukannya terjamin tinggi di syurga idaman,
Kondisi ustazah sama sepertinya.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah positif dengan poligami,
Ustazah memintanya positif dengan perceraian,
Kerana…
Dalam suasana poligami,
Ustazah yakin tidak mampu lagi menegakkan hukum Ilahi,
Sebagai seorang isteri mithali,
Perceraian itu lebih mengubatkan hati,
Meskipun ia amat berat sekali,
Mujurlah pada setiap kondisi, Islam tawarkan solusi.

Qani’ah,
Dia mengatakan ustazah lari daripada ujian,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi ujian yang lain,
Dia mengatakan ustazah lari daripada takdir,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi takdir yang lain,
Apakah ustazah tidak berhak menghindari takdir yang tidak menyenangkan?
Kepada takdir yang lebih mendekatkan diri kepada Tuhan?
Ustazah mahu mencegah diri daripada suasana emosi ini terdera,
Kepada keadaan lain yang mana emosi ini subur dibaja,
Daripada keadaan yang buruk dan susah,
Kepada keadaan yang baik dan mudah,
Ustazah bahagia dengan takdir hari ini,
Ustazah laluinya dengan senyuman dan berlapang dada,
Moga hidup kita akan datang menjadi lebih baik.
Dengan cinta Pencipta, nyahlah segala duka.
Yang ada cuma bahagia.

Karya Fatimah Syarha.


Inspirasi Tembikai Untuk Cat Kereta


Hari bangun awal sikit. Lepas jemur2 kain, adalah masa nak godeh2 google. Jumpa gambar nih. Tertarik menarik lah. Bolehlah kongsi ngan pemilik kereta yang berhajat dan duk cari-cari warna yang sesuai untuk cat kereta.

keretatembikai.jpg

rasanya, kalau pandu kereta ni masa musim panas, mau hilang bumper kena kerkah...


Friday 12 October 2012

Jalan Jauh Untuk Makan

Hari Khamis / Rabu lepas aku terbaca tentang geng konvoi yang sanggup membelah jalan raya dari Kuala Lumpur ke Johor semata2 untuk makan mi Rebus Muar. Harga mi tu hanya RM4.50 kalau tak silap aku. Wahhh.. mesti sedap teramat mi Muar tuh. Meleleh pulaks air liyo.

Tapi kan aku pon angkat tangan tanda setuju dengan acara sebegitu. Walaupon banyak belanja yang habis di perjalanan berbanding acara utama yakni makan2 tapi ada kepuasan yang orang lain tak faham. betul tak geng? 

Sebenarnya aku pon salah seorang yang suka jalan2 cari makan walaupun di luar daerah, tapi tidaklah sampai ke utara selatan lagi... mungkin suatu hari kalau jumpa geng2 yang sama hobi. Sebelum ni aku sekeluarga pernah out station untuk saja2 makan ikan celup tepung kat Pantai Ru 10, mihun sup perut kat Kota Bharu dan nasi air claypot kat Pahang. 

Ramai kawan2 yang sinis saja pabila kuberitahu.... 
Pergi jauh2 untuk makanan yang tak sampai lima hinggit?? mesti diorang ingat itu kerja orang mereng... heh. Apapon aku tak kesah, sebabnya encik K ( nama manja baru untuk esben aku...)  tu sekepala ngan aku. Sesuaaii.

Hari ni, aku meneruskan misi ke Besut untuk makan tengah hari dengan gulai ikan puyu, keli dan siput sedut. En. K dapat tempat ni melalui cerita kawannya. Masa dia cerita kat aku kelmarin, tak muat air liur dalam mulut. Teruja sangat lah tu. Aku ni bukan suka pon sangat tapi sebagai isteri yang budiman kononnya... pagi2 dah siap untuk aktiviti riadah ke haper nak panggilnya.....

inilah rupa paras ikan puyu yang membuatkan en. K tak lena tido...

Ha..ha... tapi kan pabila sampainya kat situh, ada beberapa kedai makan lah pulak. Kedai yang mana eh?? Lama jugak kami bertafakur dalam kereta untuk memilih gerai yang mana sambil2 membaca banner. Sama je menunya. Arhhh...akhirnya kitaorang ambil keputusan nekad... masuk gerai nombor 1.

Bismillahirrahmanirrahim... 
pabila kami masuk jer, begitu mesra tuan kedai melayan. K tanyakan gulai ikan puyu ada ke tak?? tapi tak dijawab2 sebaliknya sibuk beritahu tentang aneka masakan ikan pating. Putus selera. Tanyakan adik dan kakak, demer tuh nak makan mihun tom yam... makanya aku dan K hanya nengok saja anak2 makan. 

Sampai ke sudah hari ni, kami tak dapat makan menu idaman hati. Tapi tak per ah, sebab dapat meronda sampai kat Pasar Siti Khadijah sambil beli limau Bali. Lain kali kita cari gulai ikan puyu sampai dapat yer bang... SIAPLAH ENGKAU WAHAI SI IKAN PUYU YANG TAK KUYU !!



Tuesday 9 October 2012

Khemah @ Akademi Bomba



 geng pink color

satu kampit untuk 7 orang selama 3 hari..??? hai..patut pon ahli bomba ni badannya segak2 dan langsing belaka.

jungle tracking... sementara badan masih gagah perkasa.

 hah... dah tak larat. Nak selesai  sajer nih.

 angkut kayu buruk untuk letak kat kolam. eeeii.. boleh ker? 
kalu okay, bagi kat akulah deh.

 demontrasi memadam kebakaran. oh..panas, panas. Karmeng ngaaa.
Barulah tahu tugas mencabar ahli2 bomba. terima kasih.

ada peserta yang berani ambik bahagian. Bravo. Aku takut ah... sebabnya dari jauh pon masih terasa bahang panas. Bimbang pulak kot bulu kening jadi kerintingg. 
Argh, gurau aje tuh.. sori naik lori.



Semoga Abang Buat Yang Terbaik Untuk PMR

Hari ni, anak sulungku yang kacak ensen tu berjuang dalam peperiksaan pmr. Aduh, gelojak rasa yang baru reda dek upsr bergelora kembali. Apalah dayaku, sebagai ibu aku hanya mampu berdoa dan memberi kata-kata semangat agar dia tenang dan dapat menjawab soalan2.

Pagi tadi, abahnya dapat panggilan daripada cikgu supaya hantarkan kad pengenalan abang. Ya Allah, macam mana aku tak teringat yang orang periksa mesti ada ic. Mintak2lah abang tidak kalut. Untuk hari ni, sekolah yang keluarkan surat perakuan. Oh... lega sikit. Terima kasih cikgu.


masa dapat 5a upsr. Besarlah harapan umi agar abang dapat mengulang semula detik indah untuk kita.

Apa-apapun, kita hanya mampu berusaha, selainnya serah kepada ketentuan-Nya.



Wednesday 3 October 2012

Tetamu Comel di Lamanku

Sebagaimana orang, hewan pon suka bertandang untuk berehat2 di halaman hijau. Acu tengok ni...

 
aikk, sunyi jer... sudahlah pepokoknya ada yang kering. Aku tau, pokok lerek tu amat tak tahan panas. so, nak buat camana, sudah duduknya di Malaysia. Apa pon, dalam proses nak hapus kira lah.


 jeng... jeng, comelnya miauw putih melepak kat sini. Ni kucing jiran sebelah. Ikutkan tuannya pun dah nak disedekahkan kat orang. Korang nak??

  
 comeiii..., datanglah lagi esok main2 yer. Jangan berak kat sini sudahlah deh.

Yeah, Kolam Bajet Dah Posing

Akhirnya siaplah kolam mini idaman aku. Tak sabar2 rasanya nak letak pokok teratai yang sungguh cantik mendamaikan jiwa tu. Terima kasih wahai suami.

sebelum projek bermula. Baru tanda site. 
Berdebar2 jugak takut tak jadi sebab suami aku tu tak pernah main simen pasir ni...

selepas sebulan kemudian...  rasanya macam baru lepas minum air pepsi. 
Aahhhhh lega.


pabila dah jadi begini, AK masukkan air untuk testing. Apalagi dua orang budak tu segera bertukar jadi ikan paus. Gedebak gedebung dalam air simen. Jangan jadi batu sudahhh.

  buruh paksa import dari kampung... he, hai adik hai akak... jangan maree. Terima kasih sebab banyak menolong abah dalam cepatkan projek ni.

Sokongan kudrat daripada kakak. Takut lah abahnya semakin hitam kotnya. 
Sayang abah!! Payung tu aku dapat percuma dengan pembelian kopi super power tuh. Korang ader? Aku beli kopi iklan auw-auw tu pon sebab kebetulan ketika aku masuk kedai, hujan turun lebat bagai mutiara diragut...

shut yang teramat indah bagiku...

  oh teratai bunga indah... sila nyanyi ala Ramli Sarip dengan suara kahak2 gitu...kherkk. Apapon aku suka Ramli Sarip. Masa remaja dulu ada jugak beli kaset dia. Yang tiruan punya. ha..ha.

gubahan rindu puisi syahdu di pinggir kolam. Oh ya, untuk menjamin kesihatan aku sekeluarga serta jiran2, aku bubuh setengah baldi ikan guppy. Tak cerewet ikan ni... kecil dan lincah. Comel.

terima kasih... alhamdulillah.



Entri Paling Laris

Sebagaimana yang aku sangat tahu, teratak aku ni tak derlah tetamunya yang saja2 mari. Yang datangpun mungkin tersesat ke barat... tapi okaylah, namapun blog peribadi, tentunya aku mencecer sekitaran aku aje.

Tahu tak post yang menarik musafir ke sini? hah  ha... mestilah tentang kecantikan. Bukanlah aku niss obses pada beuti tapi bila dah masuk tahap2 tertentu, mestilah ada usaha untuk selalu anggun kan? werk ... 

Taraa...ni lah yang jadi penyedut vakumnya. :-)


Nh Colla Plus, Teman Baruku

kan...kan, maka terbuktilah bahawa ramai wanita muda dan yang semakin tua tentunya suka menjelajah dan melawat2 site yang ada cerita pasal kolagen, awet muda... sihat dan cantik gitu. Tapi tak salah, kan asalkan jangan terlalu fanatik hingga main cucuk dan susuk bagai. Ngeri eh... (masa kecik dulu aku baca negeri sebab ingat salah eja..........waka kah LOL..) 

Apapun aku dah tak guna nh nih, beralih ke relianze pulak dah. Kan aku suka terai and erer. he.


Monday 1 October 2012

Gigi Oh gigi

Ada gigi berlubang?  ha.. apa rasanya pabila tampalan gigi tercabut. Aduuuuh. Masuk hari ni dah tiga hari tiga malam aku dilanda sakit gigi. Hari pertama terkeluar air mata menahan sakit. Ya Allah, ampunkan dosa2ku....

Pada aku, tampalan gigi sekarang tak der kualiti tak seperti zaman2 sekolah dahulu. Korek gigi sampai saraf tunjang, pas tuh tampal tak berapa bagus... dua bulan tertanggal tampal. Aku rasa kalau tak korek, tak lah aku sakit gini. he... jangan marah... aku sakit ni. Segala petua-petui dah tak jalan. Pain killer jugakk...


 
hu...hu...:-(