Sunday 17 June 2012

Mari Belajar Perkara yang Kita Suka

Dah lama aku tak menulis. Setiap kali buka tenet, mesti ada sesuatu yang nak ku abadikan. Tapi tak menjadi pulak. Kali ni, aku nak leterkan tentang hajat2 aku nak belajar itu dan ini.

Sebenarnya banyak perkara yang aku nak pelajari dalam hidup ini. Antaranya aku berhajat nak belajar menjahit. Aku dah dapatkan tukang jahit favourite untuk ajarkan aku. Jenuh jugaklah aku memujuk.... tapi sampai sekarang, aku masih tak belajar2 lagi. Dan hajat itu aku renew setiap kali aku berjumpa dia. Dia cuma tersenyum ajer.... mesti dia tuduh aku tak serius. arggg... sebenarnya aku serius tapi masa tak mengizinkan lagi. Sabar yer 'guru'ku... 

korang jangan pandang sebelah mata... sepuluh dahulu aku pernah belajar menyulam baju. Siap ambik upah lagi. Semua hobi tuh aku aktifkan lebih kurang setahun jugak lah, lepas tuh... aku naik jemu sesangat. Pabila dah berhenti, sehingga sekarang aku tak sentuh2 mesin sulam itu lagi. Hajatnya, apabila pencen nanti, aku nak continue... he.. boleh ker..? kekadang rasa bersalah pulaks pada mesin ajaib itu.... mesti ia sangat merindui sentuhan kreatif aku.

Tamat kisah menjahit dan menyulam...

Tiba2 aku terbuka hati nak belajar berenang pulaks. Kes ini terjadi apabila aku temankan anak2 bermain air di kolam. he... dah tua baru gian nak main air. Akhirnya aku daftarkan aku dan kakak untuk mengikuti kelas renang dengan Kak Mar. 

Sebenarnya, di sebalik nak lepaskan gian aku, aku juga nak lengkapkan anak daraku itu dengan pelbagai kemahiran kecuali kelas taek kwon do yang terpaksa kehentikan agar tidak mengganggu persekolahannya. Ini memandangkan tahun ni akak akan ambik upsr. So, kena fokuslah kan??.... nanti sekolah menengah boleh sambung lagi.







Sunday 3 June 2012

Merasa Tutti Frutti Kali Pertama


Sesudah menumpang solat di surau mydin, tiba2 ternampak kios nih. Baru-batu ni aku tertonton perihal kejayaan anak gadis Malaysia yang membuka kedai tutti fruti di London. Dikatakan jugak, kedai tersebut adalah yang terbesar di dunia. Amboi... pabila dah kaya, sambil belajar pon sudah boleh jana duit.  Bukan pokok duit2 yang banyak kat rumah aku tuh...


 
 pam punya pam, abang punya lima belas hinggit....


meski pon harganya mahal bagi orang marhain seumpama aku, tapi nak jugak bagi anak2 merasa. Nasib baik deme tu kata tak best sangat....



Adik dan Bayi

Anak aku ni dah lama teringin nakkan adik kecil. Amboi, nak kena seksa. Umi ni dan tua sayang oii.... mana boleh beranak lagi? Nanti kalau ada jumpa baby orang buang, kita ambik deh?

 

 
pinjam anak orang kejap...



Semburan Gas Ubat Nyamuk Kali 2

Hari ni masuk edisi dua. La... ada dua siri rupanya. Hah, saper2 yang ada jejiran yang tersuspek denggi kena ingatlah.... akan diberi semburan gas pemedih mata nyamuk nih sebanyak dua kali secara free of caj.

Kali ini, beza sikit, semua penghuni kena buka pintu@ tetingkap selebar2 dan tuan puan rumah silalah keluar deh. Sambil2 tu bertemu ngan jejiran sambil bersembang. Rumah siapa pulih dulu?? buatkan air ehh. He..







Semburan Gas Ubat Nyamuk Kali Pertama

Pada suatu petang, AK dapat mesej daripada jiran memaklumkan tentang rumah area kami akan disembur gas ubat nyamuk. Oh?? ada kes suspek denggi rupanya dekat2 sini. 

 upacara bermula.... brengggg, brenggg...

 
sekelip mata, suasana berubah menjadi kelam. 
Oh yer, semburan kali pertama aku dn famili berkurung dalam rumah...

cantik lah pulak momento ini... kan?


dalam setengah jam, dah semakin pulih. Tapi masih tak cerah2 
sebab hari dah nak maghrib...